Fajr Ibrahim Sah Ketua Jurulatih Baharu The Red Warriors

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Syria yang sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Teknikal pasukan Kelantan iaitu Fajr Ibrahim telah ditukarkan pangkat sebagai Ketua Jurulatih pasukan Liga Super Kelantan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias khan mengesahkan perkara itu dan Fajr diberikan kuasa penuh untuk membimbing skuad The Red Warriors bagi menghadapi perlawanan Liga Super yang akan datang.

Fajr Ibrahim telah menandatangani kontrak dengan TRW minggu lalu. FOTO: LaBola Malaya

Walaubagaimanapun, Yusri Che Lah yang sebelum ini memegang tugas pemangku jurulatih akan kekal jadi pembantu jurulatih kepada Fajr Ibrahim.

Yusri memangku tugas tersebut sejak pertengahan Februari lalu, susulan tindakan drastik KAFA memecat jurulatih import dari Thailand, Sathit Bensoh setelah gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam tiga perlawanan awal liga.

“Fajer akan menjadi ketua jurulatih dan kita akan beri kuasa sepenuhnya kepada beliau untuk membentuk semula pasukan.

“Kita harap Fajer menurunkan segala ilmu dan pengalamannya dalam meningkatkan prestasi pasukan. Malah, kita harap pemain dapat menerimanya dan mempamerkan aksi sebenar setimpal dengan bayaran yang diterima mereka,” katanya kepada Berita Harian.

Fajr Ibrahim mengendalikan sesi latihan pasukan Kelantan sejak beberapa hari lepas. FOTO: KAFA

Mengenai sama ada Fajer turut diberi sasaran bersama Kelantan, Bibi Ramjani menjelaskan, jurulatih berusia 54 tahun itu bertanggungjawab memastikan pasukan kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

“Kekal dalam liga dan dengan apa (rombakan) yang dibuat sekarang, kita berharap kesungguhan pasukan untuk mencapai sasaran ini. Apa yang penting perubahan tetap berlaku walaupun Kafa mungkin berdepan pelbagai persepsi negatif, selepas ini,” katanya.

“Sebelum ini, kita ikut apa yang pemain mahukan dan sekarang mereka juga perlu ikut apa yang kita inginkan demi mencapai sesuatu kejayaan.

“Kita perlu ingat pasukan bukan berada pada kedudukan selesa dalam liga, jadi kita mahu mendidik supaya pemain betul-betul memperagakan kemampuan masing-masing supaya dapat membantu pasukan ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN