2 Pemain JDT Kembali Memperkuatkan Skuad Harimau Malaya

Kelmarin berlaku kejutan dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan apabila 14 pemain daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dilepaskan oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe atas alasan penggiliran pemain.

Daripada 14 pemain JDT tersebut, 2 daripadanya kembali menyertai skuad Harimau Malaya berangkat ke Beirut semalam bagi menghadapi perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan pada hari selasa ini.

Menurut laporan daripada Berita Harian, 2 pemain itu ialah bekas penyerang Kedah, Syafiq Ahmad dan pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor yang dipanggil semula oleh Tan Cheng Hoe.

Kehadiran 2 pemain ini melengkapkan senarai 23 pemain yang dibawa ke Beirut selepas pemain pertahanan dari Sabah, Rawilson Batuil terpaksa pulang ke Sabah atas urusan keluarga.

“Saya fikir kedua-dua pemain berhak mendapat peluang untuk membuktikan kemampuan mereka kerana hanya beraksi selama beberapa minit ketika menentang Mongolia.

“Mereka masih muda dan banyak yang boleh disumbangkan mereka kepada pasukan.” jelas Cheng Hoe.

Senarai 23 pemain yang dibawa ke Beirut. FOTO: HarimauMalaya

Sebelum ini, Cheng Hoe telah memanggil 9 pemain bagi menggantikan 14 pemain JDT itu iaitu Shahrel Fikri (PKNP FC), Syazwan Zaipol dan Nazirul Naim (Perak), Nor Hakim Hassan (Terengganu FC), Jafri Chew dan Shahril Shaari (PKNS FC), Syawal Nordin (Kedah), Zaquan Adha (Kuala Lumpur) and R. Kogileswaran (Pahang).

14 pemain JDT itu sempat beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe dimana Harimau Malaya gagal menamatkan kemarau kemenangan apabila sekadar seri 2-2 menentang Mongolia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada hari khamis lepas.

Keputusan tersebut memanjangkan lagi rekod buruk skuad negara yang masih gagal meraih sebarang kemenangan sejak kali terakhir dilakukan ketika menang ke atas Kemboja 3-2 pada aksi Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tahun 2016.

Malaysia sudah pun tersingkir daripada aksi kelayakan Piala Asia dan perlawanan menentang Lubnan dianggap sebagai sekadar pelengkap jadual. 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN