Fajr Ibrahim Jadi Pengarah Teknikal Kelantan, Dalam Pertimbangan Jawatan Ketua Jurulatih

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Illias Khan mengesahkan yang pihak mereka mengambil langkah segera untuk melantik Fajr Ibrahim sebagai Pengarah Teknikal pasukan Kelantan yang baru.

Prestasi tidak menentu skuad Kelantan musim ini adalah kesinambungan apa yang berlaku daripada musim lalu. Mereka menjadi pasukan pertama memecat ketua jurulatih dalam Liga Super.

Kelantan yang masa ini dilatih oleh interim, Yusri Che Lah tersingkir daripada saingan Piala FA di tangan PKNS FC denan jaringan 4-1.

Justeru, KAFA berharap perlantikan Fajr Ibrahim akan dapat meletakkan Kelantan kembali ke landasan yang mereka harapkan.

Jika musim lalu, Kelantan melantik Alfredo Gonzales sebagai Pengarah Teknikal dan mengambil langkah drastik melantik Gonzales sebagai Ketua Jurulatih untuk mendapatkan sentuhan latin.

Hal yang sama mungkin akan berlaku musim ini, apabila Bibi Ramjani tidak menolak kemungkinan akan melantik Fajr sebagai ketua jurulatih.

Pastinya Fajr Ibrahim perlu memastikan pisang tidak berbuah dua kali jika perkara itu berlaku. Dipetik daripada sumber Berita Harian, Bibi Ramjani berkata:

“Saya tidak menolak kemungkinan beliau juga boleh mengambil tugas sebagai ketua jurulatih pasukan.”

Kesebelasan utama Kelantan. Foto: Wawan Faiz/CSN.

“Namun, apa yang diharapkan daripada keputusan ini, ia akan dapat memenuhi syarat yang sepatutnya untuk membentuk sesebuah pasukan dan mampu menjadi lonjakan perubahan dalam TRW.”

Difahamkan Fajr memang dalam senarai calon jurulatih pasukan Kelantan dengan pengalaman beliau melatih Syria pada 2006 dan beberapa kelab termasuk Al-Shorta, Al-Minna dan Duhok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN