Faiz Nasir Impi Bantu Kedah Jadi Antara Pasukan Terbaik Di Malaysia

Pemain sayap baharu Kedah Darul Aman (Kedah), Faiz Nasir tampil dengan misi tersendiri pada musim ini untuk membantu pasukan baharunya itu tampil lebih baik berbanding tahun-tahun lalu.

Faiz sebelum itu secara rasminya telah pun diperkenalkan oleh Sang Kenari menerusi media sosial mereka dengan menyatakan pemain kelahiran Kelantan itu sebagai rekrut baharu untuk saingan musim 2024/2025.

Menerusi kenyataan tersebut, Faiz menyertai Kedah secara pinjaman kerana beliau masih lagi mempunyai kontrak bersama Terengganu sebelum itu.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Muhammad Faiz Bin Mohd Nasir, pemain yang pernah dirisik barisan kejurulatihan Kedah suatu masa dahulu, antara pemain bertubuh kecil namun lincah mangatur gerakan dan turut menjaringkan gol penting dan berkelas dunia ketika Final Piala Malaysia 2018 menentang Perak.

“Pemuda berusia 32 tahun ini akhirnya berjaya disunting pihak pengurusan secara kontrak pinjaman dari Terengganu FC, rezekinya kali ini bersama Sang Kenari, beliau berazam untuk bangkit menyamai prestasi kemuncaknya bersama Terengganu suatu masa dahulu,” jelas kenyataan tersebut.

Jelas Faiz, beliau mengakui pernah dilamar untuk menyertai Kedah pada awa karier beliau dalam dunia bola sepak di Malaysia ketika menyertai PBAPP FC.

“Saya pernah dilamar Kedah ketika awal penglibatan saya di Liga Premier dulu bersama PBAPP FC.

“Saya gembira untuk menabur bakti bersama Kedah dan dengan coach Nafuzi Zain di sini saya lebih selesa untuk beraksi walaupun kalangan rakan sepasukan dan suasana baharu di Kedah.

“Saya mahu kembali ke puncak prestasi membantu Kedah kekal sebagai pasukan antara yang terbaik di Malaysia,” kata Faiz di media sosial pasukan tersebut.

Sebagai rekod, Faiz telah pun dipinjamkan Terengganu pada tahun lalu untuk menyertai Kelantan United pada pertengahan musim dengan tiada sebarang gol serta bantuan jaringan terhasil.

Sepanjang karier Faiz di pentas bola sepak profesional, beliau sudah pun beraksi sebanyak 145 perlawanan dengan merekodkan 20 gol serta 25 bantuan jaringan secara keseluruhan.

Pernah cemerlang bawah kendalian Nafuzi Zain suatu ketika, pastinya kini penyokong Sang Kenari mengharapkan yang sama untuk melihat Faiz cemerlang di atas padang musim ini bersama Kedah.

Apapun, jangkaan kami lebih ramai pemain tempatan baharu dan import bakal diperkenalkan Sang Kenari tidak lama lagi dalam usaha untuk mereka tampil cemerlang seperti musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN