Bruno Fernandes Dedah Rahsia Stamina Tinggi Sepanjang 4 Tahun Di Old Trafford

Bruno Fernandes yang kita ketahui, merupakan salah seorang pemain tengah paling berpengaruh kini yang beraksi untuk Manchester United dalam saingan English Premier League (EPL) sejak beberapa tahun ini.

Selain menjadi pencetus kepada setiap siri serangan United, pemain kebangsaan Portugal itu turut memiliki keupayaan cukup tinggi membuat umpanan kreatif serta sangat berbisa di hadapan gawang gol lawan.

Namun, sesuatu lebih menarik mengenai Fernandes pastinya terarah kepada kekuatan stamina beliau yang boleh dianggap sangat luar biasa dalam kalangan pemain pasukan tersebut.

Jelas Fernandes, beliau mampu mengekalkan stamina cukup baik sepanjang karier profesional beliau kerana ada keluarga di belakang yang membantu dirinya.

Untuk rekod, Fernandes sudah pun beraksi sebanyak 223 perlawanan dalam semua pertandingan sejak awal penyertaan beliau ke Old Trafford untuk menyertai The Red Devils pada tahun 2020 di England.

Pemain berusia 29 tahun itu hanya terlepas perlawanan pada bulan Mac 2022 lalu ketika United mencatat kemenangan 3-2 mengatasi Tottenham Hotspurs disebabkan kesihatan dirinya tidak berada dalam keadaan terbaik.

Lebih menarik, semenjak karier profesional Fernandes bermula pada musim 2012-2013 bersama Novara, beliau hanya terlepas tiga perlawanan sahaja lagi untuk kelab dan negara.

Kali pertama ketika beliau mewakili Sampdoria ketika pasukan tersebut menghadapi Naples pada bulan Januari 2017 kerana menghidapi selsema.

Seterusnya, pemain tersebut terlepas dua perlawanan antarabangsa membabitkan Portugal pada saingan kelayakan Euro 2020 ketika berdepan Croatia dan Serbia kerana menghadapi kecederaan di bahagian kaki.

Pada aksi lalu, Fernandes memainkan peranan cukup penting buat United sepanjang 120 minit perlawanan dengan beliau berjaya memastikan pasukan tersebut meraih kemenangan 4-3 mengatasi Liverpool.

Ketika ditanya faktor kekuatan stamina dan kekal cergas di atas padang, Fernandes mengakui keluarga beliau wajar diberikan kredit.

“Saya sangat bersyukur buat ibu dan bapa saya kerana mereka memberi jalan yang sangat kuat untuk saya hadapi sejak sekian lama.

“Mereka berada di sini sejak dua perlawanan lalu dan memberi tenaga tambahan untuk saya kekal bertenaga bersama anak-anak serta isteri, mereka sentiasa mengambil berat mengenai saya.

“Isteri saya membuat kerja yang sangat hebat di rumah untuk memastikan saya sentiasa dapat berehat sebanyak diperlukan. Ia sangat sukar bila anda mempunyai dua anak di rumah yang sentiasa ingin saya bermain bersama mereka.

“Anak bongsu saya sentiasa ingin bermain bola sepak tak kira masa, tetapi saya mendapat rehat, tidur, dan semuanya diperlukan kerana isteri saya sentiasa ada. Sebahagian daripada rekod ini ada keluarga saya,” kata Fernandes menerusi perkongsian dailymail.

Apapun, Fernandes kekal akan menjadi salah seorang pemain paling penting kini buat United yang akan mengharungi pelbagai lagi perlawanan sebelum tirai saingan liga tamat.

Sumber:
Dailymail

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN