Faisal Halim: “Saya Pernah Bimbang Kerana Pasukan Kita Berada Terlalu Jauh”

Penyerang kebangsaan, Faisal Halim pernah menyuarakan kebimbangan beliau selepas melihat skuad kebangsaan sebelum ini meningkat begitu cepat daripada segi prestasi di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Kim Pan-gon dilantik pada awal tahun 2022 untuk menggantikan khidmat Tan Cheng Hoe selaku jurulatih utama buat pasukan kebangsaan.

Semenjak Kim memegang tampuk kejurulatihan negara, jelas Malaysia tampil dengan perkembangan begitu pesat dengan beberapa kemenangan menarik dilakar.

Malah, Kim juga menjadi individu bertanggungjawab untuk membawa Malaysia ke saingan Piala Asia secara merit sekali gus menamatkan penantian selama 42 tahun.

Walaupun begitu, Harimau Malaya kini tampil kurang memberansangkan apabila mereka gagal untuk memenangi dua perlawanan dilalui mereka pada saingan tersebut di peringkat Kumpulan E.

Rentetan kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia kini menjadi antara mangsa kritikan keras segelintir penyokong kebangsaan di media sosial kerana tidak berpuas hati akan persembahan skuad kebangsaan.

Maka, tidak hairan mengapa Faisal serta segelintir pemain kebangsaan lain tampil bimbang akan perkara tersebut selepas melalui sendiri siri peningkatan mendadak Harimau Malaya.

Jelas Faisal, beliau sememangnya sangat bangga apabila berjaya membantu pasukan negara untuk melayakkan diri mereka secara merit ke saingan Piala Asia 2023.

Namun, beliau juga mengakui timbul perasaan bimbang selepas melihat harapan diletakkan oleh sesetengah peminat kini terlalu tinggi untuk menyaksikan kejayaan seterusnya skuad kebangsaan.

“Tak silap, saya ada komen selepas perlawanan dengan Kyrgyzstan ketika Kelayakan Piala Dunia, saya kata saya amat risau kerana pasukan kita berada terlalu jauh (meningkat).

“Tapi bila dalam situasi sekarang ini (di Piala Asia), semua orang tak boleh menerima pandangan terhadap kekalahan pasukan kita.

“Sebab saya risau kerana kita meningkat…meningkat dan meningkat, memberi harapan yang tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Harapan yang tinggi kepada penyokong kita dan apabila pasukan dia berada dalam tahap sedemikian, semua orang tak dapat menerima.

“Akhirnya berbalik kepada pemain sendiri. Memang kita pun tak sangka benda ini berlaku.” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, pemain lincah itu juga tidak mahu rakan sepasukan lain patah semangat untuk mengharungi aksi hari ini selain mereka masih mempunyai misi untuk siri Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac akan datang.

“Apa yang kita boleh buat sekarang kita fokus, teruskan perjuangan dan kita masih ada yang lebih penting untuk kelayakan Piala Dunia,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN