Faisal Halim Jadi Wakil Tunggal Malaysia Masuki Kesebelasan Terbaik Piala AFF 2022

Faisal Halim

Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dipilih untuk memasuki kesebelasan terbaik untuk kejohanan Piala AFF 2022.

Dalam senarai rasmi yang dikeluarkan oleh pihak AFF sendiri, Faisal yang juga merupakan ketua pasukan Harimau Malaya menjadi satu-satunya pemain Malaysia terpilih masuk ke dalam kesebelasan terbaik Piala AFF 2022.

Pemilihan itu dilihat bersesuaian kerana Faisal sebelum ini mempamerkan aksi cemerlang bersama-sama skuad Kim Pan-gon dengan jaringan-jaringannya berjaya membawa Malaysia ke separuh akhir.

Malah ketika di separuh akhir, Faisal berjaya menjaringkan gol ketika menentang Thailand untuk memberikan kelebihan sementara buat Malaysia pada perlawanan pertama sebelum kecundang dalam aksi kedua.

Untuk rekod, Faisal mencatatkan empat jaringan untuk Piala AFF edisi 2022.

Selain Faisal, Jordi Amat turut menjadi wakil tunggal untuk negaranya iaitu Indonesia selepas berhasil memasuki kesebelasan terbaik kejohanan.

Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berjaya membuktikan kualitinya apabila berjaya menjadi pemain terbaik untuk Indonesia bagi saingan kali ini.

Sementara sembilan lagi tempat didominasi oleh bintang-bintang juara dan naib juara kejohanan iaitu Thailand dan Vietnam yang terdiri daripada Teerasil Dangda serta Nguyen Hoang Duc.

Berikut merupakan kesebelasan terbaik bagi Piala AFF 2022 (formasi 4-3-3):

  • Dang Van Lam – Vietnam (penjaga gol)
  • Kritsada Kaman – Thailand (pertahanan)
  • Sasalak Haiprakhon – Thailand (pertahanan)
  • Jordi Amat – Indonesia (pertahanan)
  • Doan Van Hau – Vietnam (pertahanan)
  • Theerathon Bunmathan – Thailand (pemain tengah)
  • Sarach Yooyen – Thailand (pemain tengah)
  • Nguyen Hoang Duc – Vietnam (pemain tengah)
  • Teerasil Dangda – Thailand (penyerang)
  • Nguyen Tien Linh – Vietnam (penyerang)
  • FAISAL HALIM – MALAYSIA (penyerang)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN