Bintang-Bintang PSG Nampak ‘Bingung’ Ketika Melawat Pusat Latihan Terbaru Kelab

Para pemain Paris Saint Germain dilihat bingung ketika mereka dibawa untuk melawat pusat latihan terbaru kelab dan jelas sekali mereka tidak tahu apa tujuan lawatan tersebut.

Reaksi para pemain jelas sekali menunjukkan yang mereka bingung mengapa mereka perlu melawat pusat latihan terbaru kelab itu dan hal tersebut menarik perhatian peminat.

Paris Saint Germain merupakan kelab keempat terkaya dalam dunia bola sepak pada tahun lalu dengan Presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi dikatakan memiliki kekayaan peribadi bernilai £8 billion.

Tidak hairanlah mengapa PSG mampu membeli pemain seperti Neymar, Mbappe, Lionel Messi dan ramai lagi bintang besar dalam dunia bola sepak.

Gergasi Perancis itu juga langsung tidak gentar untuk menawarkan gaji yang tinggi kepada para pemain kerana mereka sedar akan kemampuan mereka untuk hal tersebut.

Kemudahan yang ada di padang latihan mereka juga tidaklah begitu teruk namun ia tetap tidak menghalang PSG untuk membina kemudahan baru yang lebih mewah dan canggih.

Para pemain baru-baru ini telah diberi kesempatan untuk melawat pusat latihan terbaru mereka dan mereka juga turut diperkenalkan dengan kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan di masa hadapan.

Kesemua pemain dengan memakai topi keselamatan dilihat bingung memikirkan mengapa mereka di bawa ke tempat pembinaan tersebut dan para peminat terhibur melihat reaksi mereka.

Reaksi Kylian Mbappe yang dilihat berusaha keras memahami pelan pembanggunan juga mencuri perhatian peminat dan ramai yang ketawa melihat gelagat bekas bintang Monaco itu.

Mbappe kembali menyertai kelab beberapa hari sahaja selepas tamat kempen Piala Dunia dengan beliau berjaya membawa Perancis mara ke pentas perlawanan akhir.

Walau tewas dalam aksi perlawanan akhir, Mbappe tetap boleh berpuas hati selepas beliau berjaya membawa pulang anugerah kasut emas di pentas Piala Dunia Qatar.

Minggu ini, beliau telah menunjukkan aksi persembahan yang sungguh dahsyat dengan pemain penyerang itu meledak lima gol ketika membantu PSG membelasah Pays de Cassel.

Beliau turut diberi tanggungjawab sebagai timbalan ketua pasukan oleh pengurus kelab, Christophe Galtier menggantikan timbalan sebelum ini Presnel Kimpembe.

Dek kerana Marquinhos tidak diturunkan dalam aksi di pertandingan Coupe de France, Mbappe telah diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan dalam perlawanan tersebut.

Hal ini jelas sekali membuktikan yang peranan beliau bersama kelab semakin besar dan semakin berpengaruh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN