Faisal Halim: “Ini Adalah Untuk Rakyat Malaysia”

Tonggak utama skuad kebangsaan, Faisal Halim antara pemain yang paling gembira ketika ini selepas jaringannya memastikan Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong ketika bertemu China.

Terdahulu, Malaysia berjaya keputusan seri untuk kali kedua dalam aksi persahabatan Tier 1 yang berlangsung di Chengdu, selepas mereka mengikat tuan rumah 1-1 semalam di hadapan ribuan penyokong skuad kebangsaan China.

Pada perlawanan tersebut, Faisal tampil dengan begitu menonjol sekali, apabila beliau hampir mengejutkan tuan rumah seawal permainan berlangsung menerusi hantarannya kepada Darren Lok dan disudahkan dalam bentuk gol, sebelum dibatalkan kerana ‘offside’.

Namun, penyerang kelahiran Penang ini tidak mengambil masa yang lama untuk terus membuktikan ketajaman beliau berhadapan dengan salah satu gergasi asia tersebut, selepas tenang menyudahkan hantaran Akhyar Rashid pada minit ke-10 bagi meletakkan Malaysia di hadapan.

Selepas itu, kelibat Faisal terus konsisten untuk mengkucar kacirkan pertahanan tuan rumah selain kreatif membuka peluang serangan buat rakan sepasukan lain.

Malah, beliau juga hampir meledak gol peribadi kedua perlawanan bagi meletakkan Malaysia kembali di hadapan selepas diikat China sebelum rembatannya sedikit tersasar.

Seusai perlawanan, Faisal dengan gembira menyatakan keputusan positif perlawanan ini khas buat para penyokong Harimau Malaya yang tidak putus-putus memberi sokongan buat mereka.

“Alhamdulillah, selepas saya digantung iaitu selama sebulan saya tidak beraksi, tetapi inilah rezeki yang Allah berikan buat saya.

“Apatah lagi Kim Pan-gon selaku pengendali negara turut memberi peluang buat saya dah keputusan positif ini sebenarnya bukan untuk saya.

“Tetapi keputusan ini adalah untuk rakan sepasukan saya, khas buat rakyat Malaysia dan saya berterima kasih buat semua yang sokong serta mendoakan saya.

“Harapan saya untuk perlawanan selepas ini bakal dihadapi Malaysia, kita akan lebih berjaya dan kami mampu tampil dengan lebih garang di atas padang, InsyaAllah,” jelas Faisal.

Faisal yang beraksi sejak perlawanan menentang Syria dianggap cukup konsisten untuk memberi sumbangan penting buat Malaysia terutama sekali di posisi serangan menerusi kelincahan serta ketajaman dimiliki beliau.

Selepas ini, Malaysia bakal menghadapi saingan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan pada bulan hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), dengan Faisal dijangka akan terus dipanggil oleh Kim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN