Faisal Halim, Dickson Nwakaeme Sah Tidak Lagi Bersama Pahang

Faisal Halim Pahang 2020 Terengganu Selangor

Selepas perkhabaran Nik Sharif Haseefy menyertai Selangor, Pahang mengumumkan dua pemain yang meninggalkan pasukan iaitu Faisal Halim dan Dickson Nwakaeme.

Setakat ini, nama Nik Sharif Haseefy belum lagi diumumkan akan meninggalkan kem Tok Gajah walaupun tuan badan sendiri sudah menjelaskan kepada Astro Arena yang tawaran daripada Selangor adalah suatu yang sangat diimpikannya sejak dahulu.

Dickson Nwakaeme seperti yang semua telah ketahui, sejurus kekalahan kepada Kedah di pusingan pertama TM Piala Malaysia 2020, telah mengumumkan yang ini merupakan musim terakhirnya bersama pasukan. Beliau mahukan cabaran baru.

Menurut laporan Stadium Astro, Dickson Nwakaeme memaklumkan yang beliau mahu terus kekal di Malaysia kerana sudah selesa dan juga telah menyesuaikan dirinya dengan suasana bola sepak di sini, namun telah menetapkan satu syarat.

Katanya yang merupakan kapten Pahang musim ini, “Saya perlukan pendekatan berbeza. Dan sekiranya saya meneruskan [karier], saya mahu terus bermain di Malaysia sebab sudah selesa jadi tidak perlu [ambil masa] menyesuaikan diri lagi.”

“Sebuah pasukan yang mahukan saya itu perlu sudah bersedia, misalnya mempunyai kemudahan yang boleh membantu saya beraksi lebih kerap. Pahang sedang ke arah itu dan ia bakal menjadi sesuatu yang berlainan di Malaysia tetapi ketika ini, belum lagi bersedia,” ulas penyerang yang kini sudah berusia 34 tahun itu lagi.

Dickson Nwakaeme telah lima musim beraksi di Liga Malaysia sejak menyertai Kelantan pada musim 2013. Beliau berkelana ke Perancis pada 2016 untuk menyertai kelab yang bersaing di Ligue 1, Angers SCO namun gagal menempatkan diri.

Faisal Halim pula akhirnya memilih untuk meninggalkan pasukan selepas Pahang dikatakan lewat untuk memulakan langkah. Ini diakuinya menerusi laporan Stadium Astro, beliau berkata, “Saya juga telah memberitahu kepada pihak PBNP pada bulan Ogos, namun mereka menghubungi saya lewat selepas saya membuat pilihan.”

Menurutnya, ketika itu beliau sudah menerima beberapa tawaran daripada beberapa pasukan Liga M yang mahu mendapatkan khidmatnya. Tambahnya, “Jika mereka menghubungi lebih awal, saya sudah pasti akan kekal bersama Pahang.”

Menariknya, saga perpindahan Faisal Halim ini dikatakan melibatkan dua pasukan iaitu Terengganu FC dan Selangor. Selangor terlebih dahulu hampir untuk mendapatkannya bersama-sama Nik Sharif Haseefy, namun, Terengganu juga tampil dengan potensi buat dirinya membuat penampilan di Piala AFC 2021 menjadi umpan terbaik.

KREDIT FEATURED IMAGE: PAHANG FA

Baca lagi artitel mengenai Faisal Halim, Dickson Nwakaeme dan Pahang:

Sebelum Dilantik, Dickson Nwakaeme Memang Seperti Seorang Kapten

Enggan Terlepas Aksi Piala Malaysia, Faisal Halim Mahu Cepat Pulih Dari Kecederaan

Sumareh Digantung Dua Tahun, Tak Boleh Main Lagi Di Pahang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN