Faiq Bolkiah Bakal Gegarkan Liga Thailand, Sertai Chonburi FC

Pemain bola sepak terkaya dunia, Faiq Bolkiah bakal membuat penampilan baharu di Liga Thailand dengan menyertai kelab Chonburi FC setelah dilepaskan pasukan Maritimo baru ini.

Faiq yang mempunyai pengalaman di Eropah dilihat mempunyai potensi yang bagus untuk memberi impak pada kelab tersebut yang kini menghuni carta ketiga liga.

Pemain ini pernah menyarung jersi di akademi Southampton, Chelsea, dan Leicester City sebelum berhijrah ke Portugal untuk menyertai kelab Maritimo.

Faiq juga merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei dengan nilai kekayaan sebanyak RM73 bilion dan baru sahaja berusia 23 tahun.

Walaupun masih baru dengan episod duka apabila tidak berjodoh panjang bersama Maritimo, pemain ini kembali bangkit dengan dilamar oleh Chonburi tidak lama selepas itu.

Jelas bos Chonburi, Sasit Singtothong yang menegaskan kualiti Faiq yang menjadi keutamaan mengapa beliau dipilih menyertai kelab dan bukan kerana harta yang ada pada pemain tersebut.

Beliau juga teruja untuk mempunyai pemain yang menjadi tumpuan media di seluruh dunia berdasarkan rekod yang ada pada Faiq.

Namun Sasit juga memandang Faiq selaku pemain bola sepak dan bukan selaku seorang hartawan dunia ketika melamar pemain ini seperti dijelaskan dalam laman web kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN