Apa Yang Boleh Anda Buat Untuk Elak Kecederaan Di Tapak Kaki?

Tidak kira sama ada kita bersenam atau bersukan, lazimnya kaki akan digunakan untuk mengeluarkan peluh.

Dalam sukan seperti bola sepak misalnya, kaki digunakan sebagai ‘alat’ utama untuk digunakan ketika beraksi.

Mana tidaknya, hampir kesemua disiplin seperti menendang, menggelecek, membentes dan lain-lain menggunakan kaki.

Jadi, selepas penat beraksi pastinya kaki memerlukan penjagaan supaya ianya tidak menjurus kepada kecederaan.

Dan kerana itulah pemulihan kaki atau foot recovery amat penting bagi mereka yang aktif bersukan.

Tapi kenapa kita perlu berbuat demikian?

Secara asasnya, selepas bersukan terutamanya bermain bola sepak, seseorang itu akan menjalani proses pemulihan atau recovery untuk mengelakkan kecederaan.

Memandangkan bola sepak menggunakan keseluruhan badan ketika beraksi, ianya tidak menghairankan apabila proses ini diperlukan, dan bahagian kaki akan diberikan fokus.

Pemulihan kaki pada asasnya dapat mengurangkan risiko kecederaan pada bahagian kaki dan juga buku lali yang boleh menyebabkan seseorang itu perlu berehat panjang.

Lazimnya, kecederaan pada bahagian kaki akan memaksa seseorang itu berehat selama 3-4 bulan.

Sebaliknya, jika kecederaan itu lebih serius, ia akan membuatkan seseorang itu perlu berehat lebih lama – sehingga setahun pun ada!

Apa yang boleh dibuat?

Untuk pemulihan kaki ini, beberapa senaman boleh dilakukan untuk memastikan ianya tidak melarat dan mendorong kepada kecederaan yang serius.

Terdapat beberapa senaman yang boleh dilakukan seperti mengangkat tapak kaki menghala ke atas.

Senaman yang dikenali sebagai ankle pump up ini bertujuan untuk menguatkan otot di bahagian keting kaki anda.

Caranya mudah sahaja, anda cuma perlu naikkan ke atas tapak kaki anda selama 30 saat dan lakukannya sebanyak lima kali untuk kedua-dua belah kaki.

Ankle Pump Up
Cara melakukan senaman ‘ankle pump up’. GAMBAR: DailyCaring

Selain itu, anda juga boleh lakukan senaman yang hampir sama tetapi menolak tapak kaki anda turun ke bawah pula.

Dikenali sebagai ankle pump down, ianya membantu menguatkan otot di bahagian betis serta memberi rangsangan untuk mencantumkan ia dengan tendon Achilles.

Untuk melakukan senaman ini, anda perlu turunkan tapak kaki ke bawah semampu anda dan kekalkan kedudukan itu selama 30 saat.

Selepas itu, gilir-gilirkan senaman tersebut sebanyak lima kali di kedua-dua belah kaki.

Ankle Pump Down
Cara melakukan senaman ‘ankle pump down’. GAMBAR: Verywell Health

Selain itu, terdapat juga pelbagai senaman-senaman lain yang boleh membantu menjaga kaki anda seperti towel calf stretch dimana anda menarik tapak kaki anda menggunakan tuala dan juga toe pick ups yang menguji tapak kaki anda mengambil objek kecil di lantai.

Jaga kaki anda!

Penjagaan kaki amat penting kerana ianya adalah aset berharga anda. Kalau dah tak boleh pakai, susah kita nak bersukan bukan?

Disebabkan itulah Teva menyediakan pelbagai pilihan kasut dan sandal yang sesuai untuk disarung selepas aktiviti aktif anda.

Menitikberatkan unsur pemulihan kaki pada sandal dan kasut mereka, aneka sandal dan kasut Teva menfokuskan kepada keselesaan pada tumit dan bahagian depan kaki si pemakai terutamanya selepas bersukan.

Sebagai contoh, Teva menggunakan teknologi Mush® yang bertindak seperti kusyen pada sandal dan kasut untuk memberikan keselesaan kepada kaki anda saat menyarungnya.

Malah, sesetengah model Teva diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan atau plant-based.

Model Teva Voya Flip adalah contoh model mereka yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik serta tumbuh-tumbuhan.

Teva Voya
Model Teva Voya. GAMBAR: OutdoorGearLab

Teva juga mendukung kuat usaha penjagaan bumi dan produk-produk mereka menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.

Strapping yang digunakan pada produk Teva menggunakan 100% plastik yang boleh dikitar semula menggunakan benang poliste REPREVE® yang boleh dijejak semula oleh Unifi®.

Lebih menarik, model Teva Original Univesal for Women ini menggunakan empat botol plastik dalam pembuatan mereka dan ini semestinya satu langkah yang baik untuk menjaga alam sekitar!

Model Teva Original Universal. GAMBAR: Teva

Dapatkan sandal dan kasut Teva anda pada hari ini dengan promosi sedang rancak dijalankan di laman Shopee mereka!

Teva menawarkan potongan harga sehingga 60% dengan tambahan diskaun 12% jika anda berbelanja RM229 dan ke atas.

Apa lagi? Tuju ke laman Shopee mereka sekarang dengan klik di sini dan jaga kaki anda dengan sebaiknya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN