Kuala Lumpur kini memperoleh jurulatih baharu!
Selepas kontrak pengendali sebelum ini iaitu Wanderley Junior berakhir, kini Kuala Lumpur mendapatkan pula khidmat jurulatih Fabio Magrao untuk mengendalikan skuad warga kota.
Magrao telah pun menyaksikan aksi pasukan Kuala Lumpur tempoh hari. Beliau telah menyaksikan aksi pasukan Warga Kota menewaskan pasukan Kuantan FA dalam aksi Liga Perdana.
Dalam perlawanan itu, Kuala Lumpur menang 2-1.
Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, Magrao dijangka akan mengendalikan skuad Kuala Lumpur seawal minggu ini.
Namun tugas sukar menanti beliau apabila perlawanan pertama beliau adalah menentang pendahulu liga, Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Siapa Fabio Magrao?
Beliau merupakan seorang jurulatih muda yang baru berusia 39 tahun.
Kuala Lumpur merupakan pasukan keempat yang dilatih beliau dalam karier kejurulatihannya yang baru memasuki tahun kedua.
Sebelum ini, beliau pernah menjadi jurulatih di Dibba Al-Hisn Sports Club di liga divisyen 2 UAE.
Tidak lama selepas itu, Magrao menjadi jurulatih skuad bawah-23 tahun Timor Leste dan juga jurulatih skuad kebangsaan Timor Leste bermula pada tahun 2015.
Pada tahun 2017, beliau kini menjadi jurulatih Kuala Lumpur.
Semoga berjaya buat Magrao di Kuala Lumpur!
Baca juga: Pihak KFA Dijangka Buat Bantahan Ke Atas Gol Penalti Selangor Kepada FAM