Pihak KFA Dijangka Buat Bantahan Ke Atas Gol Penalti Selangor Kepada FAM

Pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dijangka akan melakukan bantahan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai gol kontroversi Selangor tempoh hari.

Pihak KFA kini sedang meneliti rakaman mengenai gol penalti Selangor yang menjadi kontroversi tempoh hari.

Gol tidak sah

Dalam perlawanan Selangor menentang Kedah di Stadium MP Selayang tempoh hari, perlawanan berakhir dengan jaringan 1-1.

Sandro Mendoca meletakkan Kedah di hadapan dengan sepakan percuma yang cukup menarik menewaskan Khairul Azhan pada minit ke-81.

Namun Juliano Mineiro menyamakan kedudukan selepas menolak masuk sepakan susulan selepas sepakan penalti Victor Astafei ditepis oleh keluar oleh Ifwat Akmal pada minit ke-94.

Namun apa yang menjadi kontroversi adalah kedudukan Juliano Mineiro yang sudah berada dalam kotak penalti sewaktu Astafei berlari untuk menyepak sepakan penalti itu.

Tindakan Mineiro itu bagaimana pun tidak berjaya dikesan oleh pengadil dan juga penjaga garisan dan jaringan itu telah menafikan 3 mata buat pasukan Kedah.

Pihak KFA nyata kecewa dengan gol tersebut dikira, begitu juga penyokong Kedah.

Mereka sedang meneliti rakaman gol tersebut dan dijangka akan melakukan bantahan dalam masa terdekat.

Anda boleh tonton semula gol itu disini:

Baca juga: AmTuah Umum Keluar Persaraan, Kembali Jadi Pemain E-Sukan Negara

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN