Fabio Capello ‘Salahkan’ David James Untuk Kegagalan England Di Piala Dunia 2010

Fabio Capello David James England Piala Dunia 2010

Dalam sesi temubual bekas pengendali England, Fabio Capello bersama The Guardian, pengendali yang berusia 73 tahun itu telah mendedahkan pemain yang menjadi sebab kepada kegagalan skuad Three Lions dalam Piala Dunia 2010.

Walaupun ia adalah pengalaman pahitnya sebagai pengendali skuad negara, perjalanan England dalam kejohanan Piala Dunia itu akan sentiasa diingatannya, terutama sekali apabila mengenangkan jaringan Frank Lampard yang dibatalkan.

Ia jelas masih menghantui pengendali berpengalaman itu walaupun sudah 10 tahun kisah itu berlalu. Baginya, jika gol tersebut dikira, pastinya keputusan menentang Jerman di pusingan 16 terbaik itu akan berkesudahan sebaliknya.

England tewas 1-4 dan telah dihantar pulang oleh skuad muda Jerman.

Bercakap mengenai skuad yang dibawanya ke Piala Dunia di Afrika Selatan itu, Fabio Capello memilih untuk menyalahkan penjaga golnya, David James, atas apa yang boleh dikatakan telah memusnahkan segala perancangannya indahnya.

“Sekarang mereka [England] sudah ada penjaga gol,” ujarnya mengenai skuad England kendalian Gareth Southgate berbanding skuadnya pada 2010 yang turut digambarkan olehnya sebagai lebih berumur dan kurang keyakinan diri.

“Saya tiada [penjaga gol]. Di peringkat antarabangsa, saya selalunya tidak bernasib baik dengan penjaga gol. Penjaga gol adalah sangat penting sebagaimana juga penyerang. Sesiapa yang idamkan kejuaraan, mestilah memiliki penjaga gol.

“Saya ada [Rob] Green dan saya ada [Joe] Hart yang sangat muda. Saya telah bertanya kepada para pemain. Hart atau ‘Calamity’? Akhirnya saya masukkan ‘Calamity’ atas sebab kepercayaan oleh rakan sepasukannya,” ujarnya lagi.

‘Calamity’ adalah gelaran yang diberikan Fabio Capello kepada penjaga golnya, David James yang membawa maksud pembawa nasib buruk dan kemusnahan.

Rob Green telah digugurkan daripada kesebelasan utama selepas membuat kesilapan tidak sepatutnya dengan melepaskan gol mudah buat USA untuk lawan mencuri mata dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi pembukaan kumpulan.

Berbaki dua perlawanan dalam Kumpulan C, David James cemerlang, tidak bolos ketika terikat tanpa jaringan menentang Algeria dan kemenangan 1-0 ke atas Slovenia. England telah melangkah ke pusingan 16 terbaik bersama USA.

“John Terry dan benteng pertahanan lebih percayakan James. Hart cuma pernah bermain sekali,” tambahnya lagi yang kemudian terpaksa menyaksikan Jerman dengan mudah meratah skuadnya selepas jaringan Frank Lampard tidak disahkan.

KREDIT FEATURED IMAGE: EDDIE KEOGH/REUTERS

Baca lagi artikel kami mengenai Fabio Capello dan England:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN