Fabio Capello: Gantung Seumur Hidup ‘Penyokong Rasis’

Fabio Capello

Pengurus berpengalaman luas, Fabio Capello beranggapan penyokong yang bertindak menyerang isu perkauman sewajarnya digantung seumur hidup daripada menyaksikan sebarang perlawanan bola sepak, ujar laporan Sky Sports.

Serangan perkauman terhadap pemain bola sepak semakin hari semakin menjadi barah yang amat sukar untuk dibendung dengan insiden terbaharu berlaku pada aksi Primeira Liga (Portugal) antara Vitoria de Guimaraes dan FC Porto.

Pemain yang menjadi mangsa pada kali ini adalah penjaring gol kedua buat FC Porto pada perlawanan tersebut iaitu Moussa Marega dan kemarahannya membuak-buak sehingga beliau tidak mahu meneruskan permainan yang berbaki lebih 20 minit untuk ditamatkan.

Keadaan ini nyata merupakan satu perkembangan yang tidak sihat dalam kancah bola sepak dunia terutamanya di Eropah.

”Terdapat penyokong yang datang ke stadium untuk melakukan perkara sedemikian [serangan perkauman] – mereka suka untuk melakukan perbuatan tersebut.”

”Penyokong seperti ini hanya perlu berada di luar bola sepak, di luar stadium untuk seumur hidup. Bukannya untuk dua atau tiga perlawanan sahaja,” jelas Fabio Capello yang kini sudah menjengah usia 71 tahun.

”Saya ada membaca laporan di Itali bahawa seseorang telah digantung selama empat tahun – tidak, ia sepatutnya seumur hidup.”

Pada 5 Januari lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun yang merupakan penyokong Verona dijatuhkan hukuman larangan selama lima tahun daripada menyaksikan perlawanan bola sepak di Eropah serta tidak dibenarkan berada di ‘visiting area’ pada hari perlawanan.

Hukuman tersebut diterimanya susulan serangan perkauman dilakukan terhadap penyerang Brescia, Mario Balotelli.

Seperti sedia maklum, Balotelli merupakan antara pemain yang seringkali menjadi mangsa perkauman sepanjang kariernya terutamanya ketika beraksi bersama Inter Milan, AC Milan, Nice dan Brescia.

Kredit foto: Visual China Group via Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN