Selepas permulaan yang kurang efektif buat Fabinho bersama Liverpool, pemain kelahiran Sao Paulo itu kini merasakan beliau sudah menemui kembali rentak permainan yang diharapkannya.
Beliau yang menyertai Liverpool daripada AS Monaco pada jendela perpindahan musim panas lalu terpaksa menunggu lama bagi menjadi pemain pilihan untuk diturunkan oleh Jurgen Klopp.
Fabinho langsung tidak diturunkan dalam lapan perlawanan terawal saingan Liga Perdana Inggeris dan hanya diberikan peluang beraksi selama 21 minit pada aksi bertemu Huddersfield Town di gelanggang lawan, 21 Oktober lalu.
Penantian tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila Klopp selepas itu dilihat sudah mula membariskannya selaku pemain kesebelasan utama.
Fabinho turut berjaya membantu kepada jaringan pembukaan yang dihasilkan oleh Sadio Mane pada minit ke-24.
”Intensitinya adalah berbeza tetapi saya sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan rentak yang dimainkan oleh pasukan dan dapat mengamalkan corak permainan sedemikian.”
“Peranan yang diminta oleh pengurus adalah apa yang saya gunakan, jadi tidak ada masalah bagi saya dalam menyesuaikan diri dengannya.
”Pada perlawanan pertama saya tidak memahami secara automatik dengan corak permainan pasukan. Saya terpaksa sedikit bekerja keras untuk memahami gerak (larian) pemain lain tetapi saya dapat melakukannya dengan lebih cepat ketika ini.”
‘Langit yang dahulunya mendung buat Fabinho, kini sudah kembali terang.’
Perkembangan yang cukup baik buat Liverpool dalam usaha menamatkan penantian yang cukup lama selepas kali terakhir menjuarai saingan utama Liga Inggeris itu pada musim 1989/90.