Chelsea turun menentang West Ham dalam misi mereka mencari kemenangan ke-6 berturut-turut.
Perlawanan separuh masa pertama sukar untuk Chelsea kerana West Ham bertahan dengan sangat baik.
Kedua-dua pasukan boleh dikatakan tidak begitu mengancam di zon serangan walaupun ada beberapa peluang dicipta.
Masuk separuh masa kedua, Maurizio Sarri memasukkan Alvaro Morata.
2 kali dalam tempoh 2 minit Morata gagal menyempurnakan peluang keemasan gol.
Luiz melakukan sepakan percuma deras namun diselamatkan oleh Fabianski yang cemerlang sepanjang perlawanan.
Peluang terbaik West Ham muncul pada minit ke-78 apabila Snodgrass menghantar bola kepada Yarmolenko. Pemain kebangsaan Ukraine itu melakukan salah satu ‘miss of the season’ sama seperti kegagalan Sakho sebelum ini.
"It's a horrible miss"
How has Yarmolenko fluffed this? #OptusSport #PremierLeague #WHUCHE pic.twitter.com/DgseiVtlEd
— Optus Sport (@OptusSport) September 23, 2018
N’golo Kante mendapat peluang gol pada minit ke-81, hantaran cantik Willian ke dalam kotak penalti. Namun percubaan beliau liar.
Pada minit ke-90, Fabianski sekali lagi cemerlang menafikan percubaan lencong Ross Barkley.
Pada masa kecederaan Willian mendapat peluang gol namun rembatan derasnya tidak menerjah gawang. Morata kelihatan kecewa kerana dia berada di posisi terbaik menerima bola.
Tamat perlawanan West Ham 0 Chelsea 0. Ini bermakna rekod permulaan sempurna Chelsea musim ini berakhir di derbi London.
Ini juga mata ke-4 West Ham musim ini selepas 6 perlawanan. Mereka pastinya kecewa kerana ada peluang untuk menang perlawanan ini.