Safuwan Baharudin Hapus Kelebihan Agregate JDT Pada Masa Kecederaan

Pertembungan Pahang dan JDT di Stadium Darulmakmur menjadi perhatian. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terkuat mereka.

Seperti dijangka perlawanan ini akan panas dengan beberapa insiden kad kuning.

JDT bermula garang dengan ancaman awal menerusi Safawi Rasid. Pemain yang turut hampir menjaringkan gol awal menerusi sepakan percuma.

Pada minit ke-21 Sumareh melakukan cubaan ke arah gol yang diselamatkan oleh Farizal Marlias.

Tidak lama selepas itu Aidil diusung keluar padang kerana kecederaan di kepala selepas pertembungan dengan Amutu.

Beliau menyatakan mahu meneruskan perlawanan walaupun di tepi padang Kiko Insa kelihatan sudah memanaskan badan.

JDT mengancam kubu Pahang dengan sepakan percuma daripada Safawi dan kemudiannya percubaan Hazwan Bakri.

Norsharul juga memiliki peluang untuk menjaringkan gol. Tidak ada gol pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Cabrera meletakkan JDT di hadapan. Satu jaringan yang sangat cantik daripada pemain yang konsisten musim ini untuk JDT.

Tidak lama selepas itu Cabrera hampir menambah gol lagi namun dihadang oleh pertahanan Pahang.

Minit ke-73, Amutu memiliki peluang untuk menjaringkan gol penyamaan namun dinafikan sekali lagi oleh Farizal Marlias yang kelihatan dalam kondisi terbaik.

Minit ke-85, Norsharul gagal mengatasi Farizal Marlias yang keluar melakukan ‘clearance’.

Ketika JDT kelihatan memenangi perlawanan ini, Pahang menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Farizal yang cemerlang sepanjang malam kali ini melakukan kesilapan gagal memenangi bola. Pada masa kecederaan Safuwan Baharudin menyempurnakan hantaran lambung daripada rakannya.

Itu adalah percubaan terakhir dalam perlawanan ini.

Ini adalah gol kedua Safuwan Baharudin dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Tamat perlawanan 1-1. JDT hampir memiliki kelebihan agregate dan away goal. Tetapi terpaksa akur dengan membawa kelebihan away goal.

Yang pasti perlawanan kedua nanti, pasti lebih menarik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN