FA Sepanyol Tak Gembira Melihat Sikap Gavi

FA Sepanyol sangat tidak gembira melihat sikap yang ditunjukkan oleh Gavi ketika rehat antarabangsa ini dengan bintang Barcelona itu seolah-olah mahu mencabar Persatuan Bola Sepak negaranya itu.

Usaha Sepanyol untuk layak ke saingan Euro 2024 sedikit terjejas selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 2-0 bertemu Scotland di Hampden Park.

Pemain midfield Manchester United, Scott McTominay cemerlang meledak dua gol dalam perlawanan itu, seterusnya membantu Scotland untuk mencatatkan kemenangan pertama mereka menewaskan Sepanyol sejak dari tahun 1984.

Selepas tamat perlawanan tersebut, ketua pasukan Sepanyol, Rodri tampil menghentam corak permainan yang ditunjukkan oleh Scotland dengan beliau menganggap The Tartan Army itu mempamerkan aksi persembahan yang sangat sampah.

Sepanyol jelas sekali melalui kesukaran untuk mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka, terutama selepas kekalahan mereka di tangan Maghribi di pusingan 16 terbaik saingan Piala Dunia Qatar.

Apa yang lebih memburukkan keadaan lagi, bukan hanya aksi di atas padang sahaja yang menjadi masalah skuad Sepanyol ketika ini, dengan mereka juga berdepan krisis di luar padang.

Selepas kekalahan di tangan Scotland, timbul berita yang mendedahkan bahawa FA Sepanyol kini sedang sangat tidak gembira dengan salah seorang bintang muda mereka.

Menurut sumber laporan dari, Relevo, FA Sepanyol tidak gembira dengan sikap pemain berusia 18 tahun itu ketika mereka mahu bekerjasama pada minggu lalu.

Masalah utama yang mencetuskan kemarahan FA Sepanyol adalah ketika Gavi menolak untuk terlibat dengan sesi tandatangan dan bertemu peminat di Malaga.

Gavi tidak hadirkan diri dan ketika ditanya, beliau menjawab yang dirinya perlukan rehat serta beliau turut mengadu sakit kepala.

Walau sudah menemui pengganti, namun FA Sepanyol tetap memaksa Gavi untuk hadir bersama.

Masa depan Gavi bersama skuad kebangsaan Sepanyol juga turut diragukan selepas beliau dikatakan ada masalah dengan rakan sepasukannya, Dani Ceballos.

Namun begitu, Ceballos sudah menjelaskan yang beliau tiada masalah dengan Gavi dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pemain muda itu.

Ada juga peminat yang percaya Gavi tidak mahu menghadirkan diri ke acara di Malaga itu kerana beliau mahu menunjukkan kekecewaannya selepas nama beliau disingkirkan dari skuad utama Barcelona.

Barcelona gagal untuk mendaftarkan pemain midfield itu ke dalam skuad utama mereka dan menyebabkan Gavi bakal menjadi pemain berstatus free ejen pada musim panas ini.

Beliau masih dibenarkan untuk beraksi bersama skuad utama Barcelona, namun tidak boleh memakai jersi bernombor enam yang sedang beliau pakai pada ketika ini.

Beliau bakal menghabiskan saingan musim ini bersama Barca dengan menggunakan kontraknya dari skuad remaja Barcelona dan Gavi boleh meninggalkan kelab sebagai pemain bebas ejen pada musim panas ini nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN