Exco FAS: “Apa Salahnya Kalau Subahan Jadi Presiden Jika Beliau Layak?”

Barisan Exco FAS yang baru dilantik baru-baru ini nampak gaya tidak diterima kehadiran mereka apabila peminat mengecam pemilihan bermula dari presiden hinggalah ke ahli jawatankuasa.

Naib Presiden FAS, Rauf Ahmad menuntut agar peminat Selangor memberikan masa kepada mereka untuk berkerja demi pasukan.

Tak mahu terburu-buru

Bercakap kepada Harian Metro, Rauf berkata keutamaan Exco FAS ketika ini adalah memulihkan kewangan pasukan yang kini berada dalam keadaan yang tidak begitu baik.

Rauf juga berkata FAS tidak terburu-buru untuk meminta pasukan mengejar kejuaraan. Sebaliknya menstabilkan dahulu pasukan sebelum kembali mencabar kejuaraan.

“Kami tidak mahu terburu-buru dalam mengejar kejuaraan. Jika kita lihat sekarang pun, pasukan masih lagi mampu bermain dengan baik walaupun kami mengalami masalah kewangan.”

Tegas Rauf, FAS perlukan dana sebanyak RM15 juta untuk mengendalikan pasukan musim ini.

Dana pasukan hilang selepas kerajaan negeri membuat keputusan untuk tidak lagi membantu juara Piala Malaysia 33 kali itu.

Apa salah kalau berwibawa?

Teraju kepimpinan FAS masih lagi menerima reaksi tidak elok dari penyokong. Kata mereka, FAS masih lagi dipengaruhi oleh orang politik.

Pemilihan Datuk Subahan Kamal sebagai presiden baharu nyata tidak diterima dengan mudah oleh penyokong. Tetapi bagi Rauf, apa salahnya jika beliau menjadi presiden jika beliau berwibawa?

“Buat masa sekarang kita tolak dulu soal politik. Kami rasakan Subahan berwibawa walaupun beliau seorang ahli politik.”

“Kami di FAS tidak ada jawatan tetapi tanggungjawab, jadi kenapa penyokong tak ikut serta kami sokong bola sepak Selangor?”

Baca juga: TMJ: “Saya Tak Kisah Kalau Pemain Lawan ‘Tackle’ Saya”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN