FA Sarawak Keluar Kenyataan Isu Pemain Rasuah, Presiden Enggan Mohon Maaf

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais berkata beliau tidak akan memohon maaf atau pun meletakkan jawatan hanya kerana beberapa pihak tidak berpuas hati terhadap tindakan beliau dan FAS dalam menangani isu pemain mengatur perlawanan.

Siang tadi, Mahkamah Majistret Petra Jaya, membebaskan dua pemain pasukan bola sepak Sarawak selepas direman enam hari kerana disyaki terbabit dalam aktiviti mengatur perlawanan.

Dua pemain tersebut ialah pemain pertahanan, Mazwandi Zekeria dan pemain tengah, Mohammad Hafiz Abu Bakar ditahan reman oleh SPRM di kediaman masing-masing pada 14 Februari lalu.

Sehubungan dengan itu, Dato Posa berkata pihaknya akur dengan keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah, selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh untuk mendakwa dua pemain terbabit bersama seorang lelaki yang disyaki bookie.

Kredit foto: Stadium Astro

Dato Posa turut menegaskan bahawa pihak FAS tidak pernah berkompromi (zero tolerance) terhadap amalan rasuah di dalam bola sepak Sarawak.

Oleh kerana itu, sebagai Presiden FAS, adalah tanggungjawab beliau memastikan bola sepak di Sarawak berkembang maju serta bersih dari segala bentuk ancaman, termasuk rasuah.

Keluarga dan penyokong di luar mahkamah.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa isu melaporkan gejala mengatur perlawanan adalah sebagai alasan kegagalan pihak FAS dalam urus tadbir pengurusan tersebut selama ini.

Dato Posa turut menafikan tuduhan FAS cuba menganiaya kedua-dua pemain tersebut kerana tidak pernah menamakan mana-mana pemain di dalam kenyataan sebelum ini.

Beliau turut menegaskan akan terus berjuang dan setiap tindakan sebagai Presiden FAS bukan kerana mahukan populariti semata-mata, tetapi kerana tanggungjawab dan amanah yang diberikan ketika tidak ada seorang pun sanggup memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Dalam kenyataan yang sama, Dato Posa turut mengesahkan bahawa beliau akan bertemu dengan kedua-dua pemain dalam masa terdekat.

Walaupun redha dengan pihak yang tidak menyokong usaha beliau, Dato Posa menegaskan apa yang dilakukannya adalah demi kepentingan bola sepak Sarawak.

Sebelum ini pengurusan FAS dikritik majoriti penyokong bola sepak Sarawak kerana mengeluarkan kenyataan media yang mengesyaki pemain skuad Liga Premier negeri itu telah mengatur perlawanan ketika tewas mengejut kepada Felcra FC baru-baru ini.

Ini berikutan kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa. Susulan daripada kenyataan dan dakwaan tersebut, pihak SPRM pantas membuka fail siasatan sebelum bertindak menahan dua pemain, dan lelaki yang disyaki sebagai bookie pada 14 Februari lalu.

Sumber: FAS, Facebook.

Selain daripada isu pemain mengatur perlawanan, Sarawak FA turut menjadi tumpuan penyokong bola sepak di negeri itu berikutan kegagalan pengurusan FAS melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan untuks saingan Liga Malaysia 2018 kepada FMLLP.

Untuk rekod, Dato Posa Majais mulai memegang jawatan Presiden FAS sejak Januari 2017 yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN