VIDEO: Mohamed Salah Dedah Bagaimana Klopp Bantu Beliau Jaring 30 Gol

Penyerang antarabangsa Mesir, Mohamed Salah memberikan kredit kepada Jurgen Klopp atas kemampuan beliau menjaringkan gol untuk Liverpool setakat ini.

Penyerang berusia 25 tahun itu menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sejak tiba di Anfield daripada Roma pada musim panas lalu.

Gambar: Liverpool

Sehingga kini, Salah telah menjaringkan 30 gol daripada 36 penampilan, dan turut memecah beberapa rekod sepanjang tempoh itu.

Ia juga merupakan pencapaian kali pertama buat Salah menjaringkan lebih daripada 20 gol di dalam tempoh semusim. Untuk itu, beliau memuji perubahan taktikal yang dilakukan oleh Klopp di Liverpool.

“Di dalam taktikal Klopp, saya diarahkan beraksi lebih dekat dengan gawang gol lawan. Ia lebih kerap berbanding ketika saya bersama kelab dan jurulatih lain.”

“Oleh kerana itu, saya akan sering berada di hadapan gawang gol, sekaligus memberikan saya lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol. Ketika latihan, Klopp sentiasa mengarahkan saya untuk berada di kawasan gawang gol.”

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Saya tidak mahu berbicara terlampau banyak, kerana musim ini masih panjang. Saya juga tidak mahu melepaskan terlampau banyak peluang, dan kami bekerja keras di padang latihan untuk lebih klinikal.”

“Anda tidak mungkin menjaringkan 10 gol daripada 10 peluang yang terhidang. Ia adalah mustahil. Saya menyedari turut melepaskan banyak peluang jaringan pada musim ini. Tetapi saya akan cuba memperbaikinya.”

L(Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

“Saya sentiasa mahu mencari kelemahan yang ada dan memperbaikinya. Saya juga mahu menjaringkan gol dengan pelbagai cara.”

“Jurulatih telah banyak membantu saya, dan saya meneruskan latihan secara sendirian selepas tamat sesi latihan pasukan,” ujar Salah.

Mohamed Salah dan Liverpool akan menanti kunjungan West Ham pada hujung minggu ini, diikuti oleh Newcastle United di Anfield pada 3 Mac akan datang.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Selepas itu, Liverpool akan berhadapan dengan Porto untuk perlawanan timbal balik UEFA Champions League (UCL) pada 6 Mac. Selepas membenam jaguh Portugal itu 5-0 pada minggu lalu, Liverpool merupakan pasukan pilihan untuk mara ke peringkat suku akhir pertandingan elit Eropah tersebut.

Saksikan semua 30 gol jaringan Mohamed Salah melalui pautan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN