FA Mesir Rangka Pelan Pastikan Pemain Berkeadaan Terbaik Ketika Piala Dunia 2018

Musim ini merupakan musim yang cukup menjadi buat Mohamed Salah.

Ianya menjadi lebih istimewa apabila kecemerlangan beliau berjaya diterjemah kepada layaknya Mesir ke Piala Dunia 2018 – pertama kali sejak Piala Dunia 1990.

Namun tugas besar menanti Salah dan juga rakan-rakan skuad Mesir beliau.

Hal ini kerana, Piala Dunia 2018 hanya akan bermula selepas bulan Ramadan.

Jadi untuk memastikan pasukan Mesir berada pada tahap terbaik pada Piala Dunia 2018 nanti, sesuatu harus dilakukan.

FA Mesir dikatakan telah merangka satu pelan komprehensif untuk memastikan para pemain skuad Mesir berada pada tahap terbaik walaupun ketika di bulan Ramadan.

Menurut jurulatih Mesir iaitu Hector Cuper, beliau mendedahkan yang FA Mesir telah melantik pakar khas untuk merencana pelan untuk memastikan para pemainnya kekal cergas.

“Pihak FA Mesir telah melantik pakar untuk membantu saya dan para pemain ketika bulan Ramadan.”

“Kami akan memastikan pemakanan dan tidur mereka diselia dengan baik supaya ianya tidak menggangu prestasi mereka dengan kadar yang teruk.”

“Kami akan mencari jalan terbaik untuk mengatasi keletihan akibat berpuasa dan kami berharap ia tidak memberi kesan yang teruk kepada pemain.”

Mesir bakal membuat penampilan sulung untuk kejohanan ini.

Cuper mengakui beliau mengalami kesukaran untuk melatih pasukan yang majoriti para pemainnya berpuasa.

Namun, beliau menghormati keputusan para pemainnya untuk berpuasa kerana itu merupakan tuntutan agama.

“Ia boleh menjadi masalah bagi para jurulatih apabila majoriti skuadnya berpuasa. Tetapi amalan berpuasa itu merupakan tuntutan agama jadi saya tidak boleh menghalang.”

“Para pemain saya bebas untuk berpuasa, dan saya menghormati setiap kepercayaan yang dipegang para pemain saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN