FA Jerman Janjikan Bonus RM1.6 Juta Jika Jerman Dapat Pertahankan Piala Dunia

Jerman

Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) telah mengumumkan bahawa setiap ahli pasukan Jerman akan menerima €350,000 (RM1.6 juta) sekiranya Jerman berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Dunia 2018 di Russia, pertengahan tahun hadapan.

Jika skuad Jerman pada Piala Dunia 2018 memenangi gelaran dunia yang kelima, Joachim Loew serta seluruh skuad beliau akan mendapat peningkatan hadiah kewangan dari €300,000 (RM1.4 juta) yang mereka dapat setelah memenangi Piala Dunia 2014 di Brazil setelah menewaskan Argentina dengan keputusan 1-0.

Jerman akan memulakan perjuangan mempertahankan kejuaraan Piala Dunia mereka menentang Mexico pada 17 Jun 2018 di Moscow selain turut diundi untuk menduduki kumpulan F yang turut menampilkan Sweden dan Korea Selatan.

“Untuk pemain kami, ini adalah satu motivasi besar dalam menjadi juara dunia secara berturut-turut untuk kali pertama dalam sejarah bolasepak Jerman khususnya,” kata Presiden DFB, Reinhard Grindel.

“Ini adalah satu kejayaan yang bakal mengukir sejarah yang mungkin abadi dan sudah tentu memerlukan bonus yang sangat istimewa bagi mereka yang terlibat. Apapun, anda akan merasakan pasukan ini menumpukan cabaran dalam sukan, bukan sekadar wang semata-mata,” tambah beliau lagi.

MARSEILLE, FRANCE – JULY 07: Reinhard Grindel, president of Deutscher Fussball Bund DFB speaks during the DFB EURO 2016 Club reception at Le Palais du Pharo on July 7, 2016 in Marseille, France. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images,)

Jerman mempunyai reputasi besar dalam kejohanan Piala Dunia dan tiada sebarang hadiah kemenangan dari DFB sehingga mereka layak sekurang-kurangnya ke suku akhir, yang mana pemain akan mendapat €75,000 (RM361,000) setiap seorang.

Nilai itu bakal meningkat sekiranya mereka berjaya ke peringkat separuh akhir, dengan jaminan €125,000 (RM603,000) setelah berjaya ke separuh akhir, €150,000 (RM723,000) jika berjaya meraih tempat ketiga dan €200,000 (RM965,000) sekiranya mereka hanya membawa pulang pingat perak pada 15 Julai di Stadium Luzhniki, Moscow.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama  Muhammad Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN