El Clasico: Barcelona Enggan Beri Penghormatan ‘Guard Of Honour’ Kepada Real Madrid

Barcelona tidak mengendahkan permintaan dari bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang mahukan agar Barcelona dapat memberikan penghormatan ‘guard of honour’ terhadap juara Piala Dunia Kelab 2017 itu pada pertembungan El Clasico hujung minggu ini.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Pengarah Sukan Barcelona, Guil­lermo Amor mengenai pendirian yang akan diambil oleh kelab Catalan tersebut.

Menurut Amor, penghormatan tersebut tidak perlu dilakukan oleh skuad bimbingan Ernesto Valvarde itu adalah kerana Barcelona tidak mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

”Kami hanya akan memberikan ‘guard of honour’ sekiranya kami turut mengambil bahagian dalam kejohanan yang sama.”

”Andai kami turut menyertai kejohanan tersebut, kami akan melakukannya (memberikan ‘guard of honour’) tetapi ianya tidak berlaku.”

Guard of honour
Real Madrid’s players celebrate with the FIFA Club World Cup trophy following their victory in the final football match against Gremio FBPA at the Zayed Sports City Stadium in Abu Dhabi on December 16, 2017. Real Madrid defeated Gremio 1-0 to lift the FIFA Club World Cup for the third time in their history. / AFP PHOTO / KARIM SAHIB (Photo credit should read KARIM SAHIB/AFP/Getty Images)

Pertahanan Barcelona, Jordi Alba turut bersependapat dengan Amor mengenai perkara ini. Beliau berkata: ”Kami akan lihat apa yang akan berlaku nanti tetapi kami akan memberikan penghormatan tersebut dalam kejohanan yang kami sertai dan kami tidak pun menyertai Piala Dunia Kelab.”

Sebelum ini pada tahun 2009 dan 2015, Villareal dan Real Betis telah memberikan ‘guard of honour’ kepada Barcelona selepas kelab tersebut berjaya menjuarai kejohanan yang sama.

Pada tahun 2011 pula, Pep Guardiola tidak mahu penghormatan sedemikian diberikan ketika mereka melayan kunjungan satu lagi pasukan dari Catalan iaitu Hospitalet di Nou Camp.

Sementara itu Presiden La Liga, Javier Tebas tidak melihat perkara ini sebagai masalah besar seandainya Barcelona tidak mahu memberikan penghormatan tersebut.

”Sekiranya kelab tidak mahu memberikan ‘guard of honour’ kepada Real Madrid, mereka tidak perlu untuk melakukannya,” ujar Tebas dalam satu sesi temubual bersama media di Sepanyol, Marca.

”Itu adalah keputusan yang dilakukan oleh Barcelona, ianya harus diterima sama ada disukai atau tidak oleh orang lain.”

”Saya tidak fikir ianya penting. Saya tidak kisah jika terdapat ‘guard of honour’, tepukan bahkan belon sekalipun.”

Real Madrid dan Barcelona akan membuat perhitungan di Santiago Bernabeu dan perlawanan tersebut sudah pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak seluruh dunia.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN