West Ham United akan menjalankan siasatan ke atas kekacauan penyokong yang berlaku dalam perlawanan mereka tewas 0-3 di tangan Burnley semalam.
Beberapa penyokong menceroboh masuk ke dalam padang. Dalam kenyataan rasmi kelab mereka telah memanggil pemegang saham Stadium London untuk mesyuarat tergempar.
“West Ham akan melakukan siasatan terperinci ke atas insiden pada separuh masa kedua hari ini (Sabtu) dan kami akan mengambil tindakan tegas.”
Dalam insiden semalam, penyokong melakukan protes kepada David Gold dan David Sullivan. Mereka menaikkan banner protes dan memaki hamun pemilik kelab tersebut.
West Ham fans have left their seats and directing abuse at the co-owners in the directors box. pic.twitter.com/gZ5Vk8RGg3
— Sam Inkersole (@Sam_InkersoleTM) March 10, 2018
Ini yang membuatkan 2 pemilik bersama kelab tersebut terpaksa meninggalkan ‘directors box’ atas nasihat keselamatan.
Mark Noble bergelut dengan seorang penyokong yang masuk ke dalam padang.
Kemudian seorang lagi masuk dan memacakkan bendera penjuru di tengah padang.
Anarchy at West Ham. Fan runs on the pitch … with the corner flag. #WHUFC pic.twitter.com/vlLju1hctW
— Henry Bushnell (@HenryBushnell) March 10, 2018
FA England sudah menghantar surat minta penjelasan daripada pihak West Ham serta laporan daripada pengadil berkenaan dengan insiden itu. Dalam kenyataan FA, mereka menyatakan:
“Ianya adalah keperluan untuk setiap orang yang datang ke perlawanan EPL dalam keadaan selamat.”
“Tiada tempat untuk insiden seperti yang berlaku di Stadium London itu berlaku di mana-mana tempat.”
“Dalam pada siasatan sedang dilakukan, kami (FA) ingin tahu, apa sebenarnya berlaku untuk memastikan perkara seperti ini tidak pernah berlaku lagi.”
Kapten West Ham, Mark Noble menyifatkan keadaan semalam sebagai teruk. Beliau juga merasakan penyokong West Ham semakin emosi sejak berpindah ke stadium baru dalam 2 tahun terakhir ini.