Exco FAM Mahu FMLLP Wajibkan Semua Pasukan Menurunkan Pemain Bawah 21 Tahun Musim Depan

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Mohd Firdaus Mohamed mencadangkan agar Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) merombak peraturan Liga Malaysia (Liga M) dengan mewajibkan setiap pasukan menyenaraikan seorang pemain berusia 21 tahun ke bawah dalam kesebelasan utama pasukan musim depan.

Katanya kaedah itu pernah dilaksanakan sebelum ini pada musim 2007 yang menyaksikan ramai pemain muda berjaya diketengahkan seperti Ahmad Fakri Saarani, Fitri Shazwan dan Khyril Muhymeen Zambri.

“Antara kepincangan skuad Harimau Malaya ketika ini kerana ketiadaan penyerang tempatan yang jarang beraksi dalam skuad utama di kelab dan pasukan liga kita.

“Sebenarnya FAM pernah buat dulu mewajibkan dua pemain bawah 21 tahun beraksi dalam liga, cuma saya tak tahu sebab kenapa ia tidak diteruskan sedangkan banyak perkara positif berlaku selepas itu” katanya kepada Berita Harian. 

Ken Ilso, salah seorang penyerang import yang beraksi dengan pasukan Kedah.

Beliau menyifatkan pasukan Liga Super dan Liga Perdana terlalu bergantung pada penyerang import sehingga menyebabkan pasukan kebangsaan kekurangan penyerang tempatan yang berkualiti.

“Kebanjiran serta kebergantungan kepada khidmat penyerang import dalam Liga Super dan Perdana ketika ini menyaksikan kita ketandusan pemain di posisi serangan dalam pasukan negara dan sukar menjaringkan gol dalam perlawanan antarabangsa.

“Berapa kerat sahaja penyerang tempatan yang diberi peluang bermain dalam kesebelasan utama kedua-dua liga itu.

“Jadi, mungkin kita akan bawa balik dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan untuk kita usulkan kepada FMLLP untuk mengkaji semula kaedah itu,” katanya pada sidang media pra perlawanan separuh akhir Piala Emas Raja-Raja 2017 di Wisma FAM.

Firdaus juga mencadangkan khidmat pemain yang berusia 35 tahun ke atas tidak lagi dibenarkan beraksi di saingan Liga FAM pada musim depan.

Ujarnya, tindakan itu adalah untuk membuka pintu seluas-luasnya buat pemain muda daripada pasukan Piala Presiden dan Belia menyertai pertandingan ketiga paling tertinggi dalam sistem bola sepak negara itu.

“Liga FAM perlu disasarkan untuk mencungkil pemain baru dan muda, jadi inilah slot yang wajar disediakan untuk pemain yang lebih muda.

Kapten Malaysia U21, Adib Zainuddin beraksi dalam saingan Liga FAM.

 

“Saya dapati kebanyakan pemain yang berusia 35 tahun ke atas, hati mereka sudah tidak sangat mahu bermain bola sepak lagi. Mereka sebaliknya hanya mahu dapat gaji dan sukar menyumbang kepada daya saing atau kejayaan pasukan.

“Jadi bagi Liga FAM akan datang, cukup-cukuplah kita saksikan pemain yang pada saya ibarat sudah ‘monopaus’ ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN