Everton Tewas Lagi! Ashley William Mengamuk, Koeman Tuduh Pengadil Punca Pergaduhan

‘Apa nak jadi dengan pasukan kita ni? Dahlah kalah, bergaduh pula?’ Itulah rungutan salah seorang penyokong Everton di laman sosial. Everton tewas 1-2 di gelanggang sendiri dalam perlawanan ke-3 UEL mereka.

Insiden pergaduhan bermula apabila Williams yang dilantik menjadi kapten, telah mengasari penjaga gol Lyon. Pemain Lyon mengerumuni Williams. Tercetuslah pergaduhan di antara mereka.

Namun agak memalukan apabila ada penyokong Everton yang mahu terlibat sama dalam insiden itu dan ia membuatkan pemain-pemain Lyon bengang.

Pembantu stadium membantu meleraikan pergaduhan tersebut. Namun pemain-pemain Lyon tidak berpuas hati apabila pengadil hanya melayangkan kad kuning kepada Williams.

Agak ironi apabila Williams menyamakan kedudukan untuk pasukan Everton beberapa minit selepas insiden itu.

Namun Lyon berjaya juga memenangi perlawanan ini pada lewat perlawanan menerusi jaringan Ndombele hasil umpanan Memphis Depay.

Ashley Williams selepas perlawanan itu memberitahu, ianya berlaku kerana emosi dan itu sudah biasa dalam bola sepak.

“Itulah bola sepak. Ianya seperti itu. Ia berlaku kerana emosi. Kami mahu menang perlawanan ini. Anda sentiasa meletakkan tekanan kepada diri anda lebih daripada perkara lain.”

“Kami mahu menunjukkan kepada penyokong yang kami juga sedang bertarung untuk mereka dan kelab ini.”

“Kami kecewa kerana tidak mendapat sebarang mata. Kami ada perwatakan yang baik, kami mencipta lebih banyak peluang. Kami kecewa kerana bolos lagi sebaik sahaja menyamakan kedudukan.”

“Perlawanan menentang Arsenal adalah perlawanan besar. Semuanya perlawanan besar. Kami mahu menang berhadapan pasukan yang besar terutama sekali di halaman sendiri.”

Koeman tuduh pengadil adalah punca!

Ronald Koeman pula menuduh pengadil sebagai punca pemain Everton bengang dan tidak dapat mengawal emosi. Menurut Koeman:

“Ia detik yang menjengkelkan daripada Ashley kerana pemain seperti beliau gagal mengawal emosi dalam keadaan tertekan. Pada masa yang sama, pengadil banyak melakukan kesilapan.”

“Mereka (Lyon) terlalu banyak melakukan aksi teater di dalam padang dan pengadil tidak mengambil apa-apa tindakan.”

“Fekir 10 kali ‘diving’ dalam perlawanan ini dan tidak mendapat walaupun 1 kad kuning. Itulah sebab kenapa pemain kami semakin bengang.”

“Masa tambahan hanya 5 minit? Kami ada 6 pertukaran, itu mengambil masa 3 minit. Ada 1 insiden pergaduhan, itu harus diberikan 2 minit. Mereka ada 8 kali pemain cedera. Dan hanya 5 minit? Ayuhlah!”

Everton kini menghuni tangga tercorot kumpulan E dengan hanya 1 mata. Mereka ada misi sukar untuk mara ke pusingan kalah mati. Perlawanan seterusnya Everton akan menentang Arsenal, Chelsea dan Leicester.

Selepas itu mereka akan berkunjung ke Lyon untuk menyelamatkan kempen Europa mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN