Everton Kalah Lagi! Penyokong ‘Mengamuk’, Koeman Akui Bertanggungjawab

Everton tewas mengejut di tangan pasukan Atlanta! 3 gol pada separuh masa pertama oleh pasukan dari Itali tersebut gagal untuk diubah oleh Everton pada separuh masa kedua.

Pasukan Everton yang dibentuk dengan perbelanjaan sekitar £120 juta pada awalnya dijangka tiada masalah untuk menang perlawanan ini.

Namun sebaliknya yang berlaku. Mereka jelas dalam masalah sepanjang perlawanan ini. Lawan mereka pasukan lebih baik dalam segenap aspek termasuk penguasaan bola, jumlah percubaan gol dan juga statistik pertahanan.

Ini merupakan kekalahan ke-3 berturut-turut dialami oleh pasukan Everton. Koeman menganggap pemain-pemain beliau tidak cukup bersemangat untuk menang dalam perlawanan ini.

Namun beliau tetap menganggap orang yang paling bertanggungjawab di atas kekalahan ini ialah beliau sendiri.

“Ini satu pengajaran yang besar dan saya harus bertanya kepada diri saya sendiri, di mana salahnya apa yang saya buat? Saya ingin meminta maaf kepada penyokong-penyokong kami yang datang ke sini.”

Lebih 2,200 orang penyokong Everton terbang ke Itali untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi. Namun mereka jelas hampa dan menganggap pasukan Everton sedang dalam krisis pada awal musim ini.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, penyokong-penyokong Everton jelas marah dan kecewa melihat aksi longlai pasukan mereka.

“Ia permulaan yang sukar tetapi ianya berbeza. Saya kena tanya diri saya, di mana silap saya?”

“Apa yang berlaku di dalam padang tidak sama seperti yang saya mahukan daripada pasukan ini. Pada separuh masa pertama kami melakukan banyak kesilapan.”

“Atlanta menunjukkan kepada kami apa itu semangat, keinginan dan sikap agresif yang diperlukan di dalam bola sepak.”

“Memang mudah untuk mengkritik individu. Tetapi persediaan kami bukan untuk permainan seperti ini.”

“Anda boleh mencari alasan tetapi bagi saya, kebanyakan pemain saya tidak berada di tahap yang kami harapkan.”

“Ini detik yang sukar dan merupakan ‘wake-up call’. Jika kami tidak bangkit segera, masalah akan bertambah lebih besar.”

Selepas tewas di tangan Chelsea, Spurs dan Atlanta, pasukan Everton akan berkunjung ke Old Trafford pada hujung minggu ini.

Ia sudah pastinya meletakkan Koeman di dalam tekanan untuk mendapatkan keputusan positif ke atas pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik, Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN