Arsenal Bangkit Daripada Ketinggalan Untuk Benam Koln 3-1

Jika anda mencari perlawanan yang memiliki gol-gol berkualiti, inilah perlawanannya. 3 daripada 4 gol dalam perlawanan ini dihasilkan dengan sangat menarik sekali.

Perlawanan ini ditangguhkan selama sejam atas sebab keselamatan penyokong selepas berlaku sedikit kecelaruan di pintu masuk penyokong.

Difahamkan seramai 15,000 penyokong Koln datang ke Emirates. Ia melebihi kapasiti yang ditetapkan oleh pihak tuan rumah sekitar 3,000 tiket sahaja.

Mereka meminta tempat duduk penyokong Arsenal yang ketika itu masih ramai belum tiba di stadium. Mereka terlalu teruja selepas kali terakhir beraksi di kejohanan Eropah pada 1992-93.

Arsenal 3 Koln 1

Dalam perlawanan pertama Arsene Wenger di Europa League, Arsenal dikejutkan dengan jaringan awal oleh Cordoba. Ianya berpunca daripada ‘sweeping’ yang kurang kemas dilakukan oleh Ospina.

Bola tersebut tiba di kaki Cordoba dan penyerang tersebut melakukan cubaan dari jarak jauh untuk menewaskan Ospina yang sudah keluar daripada kawasan beliau. Koln mendahului pada minit ke-9 dan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Arsene memasukkan Sead Kolasinac dan pemain tersebut sekali lagi menjaringkan gol untuk Arsenal. Kolasinac menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-49.

Arsenal menguatkan dominasi mereka di dalam perlawanan ini. Sanchez menambah gol kedua untuk Arsenal dengan satu teknikal yang cukup baik.

Beliau melakukan pintasan ke dalam (cut inside) dan melakukan cubaan ke ‘far post’ untuk gol kedua Arsenal pada minit ke-67. Sanchez jelas kembali beraksi dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini.

Hector Bellerin memastikan Arsenal membunuh perlawanan tersebut pada minit ke-81 selepas Horn menghadang cubaan Walcott dari jarak dekat. Bellerin tenang menyumbat masuk gol tersebut.

Keputusan akhir, Arsenal menang 3-1 ke atas Koln dalam perlawanan pembukaan UEL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN