Everton Kalah Lagi, Marco Silva Kritik VAR

Marco Silva telah mengkritik VAR yang tidak konsisten. Everton berada dalam kedudukan untuk mendapat 3 mata. Namun VAR memberikan penalti kepada Brighton selepas semakan VAR.

Everton mendahului 2-1. Mereka sedang berkira-kira untuk menang kali pertama selepas Mac. Namun malangnya pengadil, Andrew Madley memberikan penalti kepada lawan selepas menerima isyarat daripada VAR, yang diketuai Lee Mason.

Insiden tersebut melibatkan Michael Keane yang mengasari Aaron Connolly.

Neal Maupay menyempurnakan penalti itu pada minit ke-80.

Namun malang berganda buat Everton apabila pemain pertahanan mereka, Lucas Digne, tertampan bola ke gawang sendiri pada masa kecederaan.

Everton kalah lagi, dengan skor 3-2.

Selepas tamat perlawanan, Marco Silva tidak faham kenapa Brighton diberikan penalti, tetapi Everton tidak dapat – untuk insiden melibatkan Richarlison yang ditarik oleh Martin Montoya.

Silva berkata: “Ia detik penentu buat kami. Ianya sukar untuk para pemain kami di bilik persalinan ketika ini. Ianya sukar untuk kami memahami beberapa perkara yang berlaku petang ini.”

“Ada satu sentuhan, namun ianya selepas bola keluar.”

“VAR adalah teknologi yang baik dan boleh membantu dalam bola sepak. Cuma ketika ini, kami tidak faham bagaimana VAR ini berfungsi?”

“VAR adalah untuk membantu pengadil. Tetapi kenapa 15 minit sebelum itu mereka tidak nampak insiden penalti ke atas Richarlison?”

“Ini perlawanan yang sukar untuk pengadil. Kenapa? Sebab ada ramai yang menonton di tv dan kenapa mereka [pengadil] langssun tak nampak pemain menolak Richarlison dengan 2 tangan.”

“Ianya penalti yang jelas dan sukar untuk kami fahami kenapa kadangkala mereka meniupkan wisel dan kadangkala tidak – untuk insiden seperti itu.”

Marco Silva enggan berbicara soal masa depan beliau di Everton dan percaya beliau masih mendapat mandat daripada pengurusan tertinggi untuk terus mengemudi Everton.

Kekalahan itu menolak Everton ke tangga ke-16. Hanya 2 mata dari zon penyingkiran.

Brighton pula berada di tangga ke-12, dengan kemenangan ke-3 mereka pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN