Kelab Premier League iaitu Everton bakal menjadi kelab terbaharu bakal menerima stadium baharu.
Mereka dijangka bakal meninggalkan gelanggang klasik mereka iaitu Goodison Park dan berpindah ke stadium baharu selepas ini.
£300 juta
Everton bakal membina sebuah stadium baharu yang moden dengan jumlah kos dianggarkan sebanyak £300 juta.
Ia dibina di kawasan Liverpool berhampiran dengan Sungai Mersey.
Persetujuan untuk membina stadium baharu itu muncul selepas Everton bersama-sama pemilik tanah Peel Holdings bersetuju untuk membina sebuah stadium baharu untuk mereka.
Dalam masa yang sama, Majlis Perbandaran Liverpool juga bakal menjadi penjamin untuk projek ini.
Akhirnya berpindah
Jika ia berjaya dilakukan, maka Everton akhirnya berjaya juga untuk berpindah dari Goodison Park selepas beberapa kali cuba untuk meninggalkan stadium tersebut.
Hal ini kerana sebelum ini Everton pernah cuba untuk berpindah ke stadium baharu di kawasan King’s Dock pada 2003 dan juga Kirkby pada tahun 2009.
Begitu juga dengan jiran mereka iaitu Liverpool. Sebelum ini mereka merancang untuk berpindah ke stadium baharu di Stanley Park, namun selepas itu mereka membuat keputusan untuk hanya menambah jumlah kapasiti stadium sahaja.
Keputusan untuk berpindah ini nyata memberikan pandangan positif kepada pihak berkuasa di Mersyeside yang bertindak sebagai penjamin.
“Bagi kami, ia tiada masalah kerana kami tak perlu keluarkan duit.”
“Tapi dalam masa yang sama, kita dapat bangunkan kawasan tersebut sebagai salah satu tarikan nanti.”
Tindakan Everton ini merupakan satu tindakan positif kerana ia adalah satu tindakan yang baik jika mahu kelab terus mara ke hadapan.
Namun begitu, diharap Everton tak akan terkena badi ‘stadium baharu’ seperti mana yang dihadapi oleh Arsenal dan West Ham United.
Hal ini kerana, sejak kedua-dua pasukan itu meninggalkan Highbury dan Upton Park mereka seolah-olah hilang taring dan pasukan mereka tidak sama seperti dahulu.
Barangkali kerana stadium baharu tidak sama auranya dengan stadium lama.
Baca juga: Penjaga Gol Malaga Ini Ceritakan Pengalaman Jadi Mangsa Perkauman Di Sepanyol