Penjaga Gol Malaga Ini Ceritakan Pengalaman Jadi Mangsa Perkauman Di Sepanyol

Isu perkauman ini ada dimana-mana sahaja dan dalam bola sepak juga ia tak terlepas.

Penjaga gol Malaga iaitu Carlos Kameni juga tidak dapat lari daripada menjadi mangsa serangan perkauman di Sepanyol.

Pisang

Beliau yang menghabiskan 8 musim beliau bersama Espanyol sebelum ke Malaga, menceritakan pengalaman beliau menjadi mangsa perkauman di Sepanyol.

“Saya ingat lagi masa kami menentang Real Zaragoza di tempat lawan, ketika itu pasukan kami sedang mendahului 1-0.”

“Selepas itu penyokong Zaragoza mula memberikan sorakan berbaur perkauman kepada saya. Ia terlalu teruk sehingga pengadil bertanya kepada saya sama ada nak tamatkan perlawanan atau tidak.”

“Namun saya memilih untuk teruskan perlawanan.”

Kameni juga menerima serangan yang sama apabila bertandang ke Estadio Vicente Calderon ketika menentang Atletico Madrid.

Beliau berkata penyokong Atletico Madrid bertindak membaling pisang kepada beliau.

“Saya boleh katakan yang jika mereka baling lagi sekali pisang itu. Maka saya akan makan pisang itu.”

“Hal ini kerana baik saya makan saja pisang itu, sebab ramai orang mati sebab kelaparan.”

Tak habis-habis

Kameni nyata kecewa dan tertanya-tanya, kenapa masalah ini masih timbul pada tahun 2017?

“Saya tak faham kenapa orang-orang yang memberikan sorakan berbaur perkauman ini masih lagi dibenarkan untuk masuk ke dalam stadium. Sebab pada saya, mereka tak berani nak buat macam tu jika mereka rumah atau di jalanan.”

Walaupun sering menjadi mangsa perkauman, namun Kameni tidak pernah menganggap Sepanyol sebagai negara yang terkenal dengan masalah perkauman.

Baginya, isu perkauman ini ditimbulkan oleh sebilangan kecil rakyat Sepanyol yang “bosan duduk di rumah”.

“Saya boleh cakap yang mereka ini bosan apabila duduk di rumah. Mereka tak tahu nak buat apa lepas tu mereka keluar rumah dan buat pasal.”

“Tetapi harus diingat, golongan kecil ini yang boleh mencemarkan nama baik Sepanyol.”

Baca juga: Buffon Mahu Menghantuk Pemain Lain Pada Perlawanan Terakhir!

Leave a Reply