Evan Dimas Akui Tidak Tertekan Lawan Pahang

Meskipun belum menjaringkan sebarang gol selepas 3 perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018, pemain tengah Selangor kelahiran Indonesia, Evan Dimas berkata beliau lebih mementingkan kemenangan pasukan bukan rekod jaringan peribadi.

Bercakap kepada Berita Harian, Evan tidak kisah mengenai jumlah gol yang mahu dijaringkan sebaliknya fokus kepada memberikan sumbangan melalui hantaran yang mencipta peluang gol untuk pasukan.

“Berdasarkan pandangan saya, kemenangan berpasukan lebih penting. Saya bermain bukan untuk mencetak gol semata-mata kerana saya bermain untuk kemenangan pasukan ini.

“Asalkan boleh memberi apa sahaja bentuk sumbangan ketika beraksi sama ada membuat hantaran gol ataupun membantu mencipta peluang, itu sudah memadai buat saya kerana apa yang lebih penting Selangor menang,” katanya.

Evan yang membantu kelab Bhayangkara FC muncul sebagai juara Liga 1 Indonesia musim lepas mengakui sudah bersedia dan tidak sabar bertemu pasukan Pahang yang disifatkannya sebagai salah satu pasukan gergasi di Malaysia.

“Ini kali pertama saya akan menentang pasukan Pahang tetapi saya tahu mereka salah satu pasukan yang besar dalam saingan Liga Super.

“Namun, saya percaya kami mampu melakar keputusan yang positif malam esok.

“Selepas tewas di tangan Terengganu, saya melihat ini peluang terbaik untuk kami meraih tiga mata sekali gus kembali ke landasan yang tepat dan meneruskan permulaan yang baik seperti dalam dua aksi terdahulu,” katanya.

Selangor kini mengumpulkan 6 mata dalam saingan Liga Super apabila mencatat 2 kemenangan dan 1 kekalahan kepada Terengganu FC pada minggu lepas.

Sesi latihan pasukan Selangor. FOTO: FA Selangor

Manakala Pahang hadir dengan misi untuk mengutipkan 3 mata penuh bagi melonjakkan kedudukan mereka dalam carta Liga Super.

Walaupun beraksi di halaman sendiri, Selangor tetap berwaspada dengan ancaman barisan serangan yang dimiliki oleh Pahang apabila kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu pada hari sabtu ini untuk perlawanan keempat saingan unifi Liga Super Malaysia 2018.

Menurut pengendali skuad The Red Giants, P. Maniam, anak buahnya sememangnya tidak sabar untuk beraksi menentang skuad bimbingan Dollah Salleh itu untuk memastikan 3 mata penuh dapat diraihkan.

“Kami sudah lupakan kekalahan sebelum ini, saya percaya semua pemain sudah tidak sabar beraksi menentang Pahang.

“Saya sudah melakukan beberapa perubahan dari segi formasi dalam latihan dan pemain menunjukkan kesungguhan.

“Semua pemain dalam keadaan terbaik kecuali Alex (Azzamudin Akil) yang masih mengalami kecederaan manakala Ilham Udin Armaiyn sudah 90 peratus pulih daripada kecederaan buku lali, saya fikir dia OK dan boleh berlatih,” katanya kepada Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN