Eintracht Frankfurt bangkit selepas ketinggalan sebelum mengheret perlawanan akhir Europa League ke penentuan sepakan penalti.
Kelab Bundesliga itu kemudiannya menyempurnakan semua sepakan yang diambil untuk mengecewakan The Rangers dengan keputusan 5-4.
Perlawanan akhir tersebut tidak dapat menentukan siapakah yang lebih berhak bergelar juara sepanjang 90 minit perlawanan sebelum ianya digeret ke masa tambahan.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan, dan tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan sepanjang 30 minit masa tambahan.
Aaron Ramsey menjadi satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan daripada 10 pemain yang diberikan tugas untuk mengambil sepakan daripada kedua-dua pasukan.
Eintracht Frankfurt bermula dengan baik
Frankfurt bermula dengan baik dan mengawal majoriti perlawanan, walaupun Rangers kemudiannya memperbaik aksi selepas waktu rehat.
Peluang terbaik kelab Jerman itu untuk mendahului adalah melalui percubaan Ansgar Knauff tetapi usahanya berjaya ditepis keluar penjaga gol Rangers, Allan McGregor.
Rangers turut memiliki beberapa peluang untuk menghasilkan jaringan tetapi sepakan melencong Joe Aribo gagal menepati sasaran. Rembatan deras John Lundstram selepas itu pula liar dan tinggi melepasi palang.
WE’RE EUROPA LEAGUE CHAMPIONS 2022!!!
WE’RE EUROPA LEAGUE CHAMPIONS 2022!!!
WE’RE EUROPA LEAGUE CHAMPIONS 2022!!!
WE’RE EUROPA LEAGUE CHAMPIONS 2022!!!
WE’RE EUROPA LEAGUE CHAMPIONS 2022!!!
WE’RE EUROPA LEAGUE CHAMPIONS 2022!!!
WE’RE EUROPA LEAGUE CHAMPIONS 2022!!! pic.twitter.com/msajODLYFu— Eintracht Frankfurt (@eintracht_eng) May 18, 2022
Kelab Scotland itu bagaimana pun berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-57 selepas pemain pertahanan Frankfurt terjatuh, dan membenarkan Aribo dengan mudah merembat masuk untuk gol pertama perlawanan.
Frankfurt kemudiannya memberikan respon dan terlepas satu peluang keemasan sebelum Rafael Borre menyamakan kedudukan pada minit ke-69.
Mereka terus mendominasi perlawanan selepas itu namun gagal mencari penyudah sehingga tamat 90 minit perlawanan.
Peluang terbaik pada masa tambahan menyaksikan percubaan pemain Rangers, Ryan Kent dinafikan penjaga gol lawan iaitu Kevin Trapp.
Penentuan sepakan penalti
Rangers memulakan sepakan ketika pemenang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. James Tavernier meletakkan Light Blues di hadapan tetapi Christiper Lenz berhaya menyamakan kedudukan.
Pada kedudukan 3-3, Ramsey kemudiannya menyepak lemah untuk Trapp mudah menyelamatkan keadaan.
Aaron Ramsey was subbed on three minutes before the shootout.
His miss led to Rangers missing out on the Europa League trophy 💔 pic.twitter.com/NcdIibc4Fj
— B/R Football (@brfootball) May 18, 2022
Filip Kostic kemudian tidak mensia-siakan peluang untuk memberikan kelebihan kepada Frankfurt.
Walaupun Rangers berjaya menyempurnakan sepakan terakhir melalui Kemar Roofe, Borre memastikan kejuaraan pertama Frankfurt di pentas eropah sejak 42 tahun lalu dengan sepakan terakhir.