Portugal membenam Macedonia pagi tadi namun ia tidak cukup untuk mara ke saingan separuh akhir. Walaubagaimanapun, segalanya bermula dengan baik untuk skuad Portugal.
Ini apabila mereka mendahului menerusi gol Edgar Ie pada minit ke-2.
Bruma menambah 20 gol kemudian. Macedonia merapatkan jurang gol pada minit ke-40. Gol tersebut dijaringkan oleh Enis Berdi.
Daniel Podence menambah gol Portugal pada minit ke-57. Kire Maroski kemudiannya menambah gol Macedonia pada minit ke-8.
Bruma sekali lagi menambah gol pada minit kecederaan.
Namun sayang, Portugal tidak dapat ke separuh akhir kerana gagal menempatkan diri ke pusingan separuh akhir. Ini disebabkan mereka tidak memiliki rekod tempat kedua terbaik jika dibandingkan dengan pasukan lain.
Sepanyol bergaya
Hanya melalui gol tunggal Denis Suarez pada minit ke-38 sudah cukup untuk memastikan Sepanyol mara ke separuh akhir.
Sepanyol menurunkan kesebelasan utama yang berlainan setelah menewaskan Portugal tempoh hari. Namun kualiti pasukan kedua ini tetap tidak banyak bezanya dengan pasukan utama.
Antara yang diturunkan Diego Gonzalez dan Inaki Williams.
Bintang muda Barcelona, Denis Suarez dimahkotakan sebagai pemain terbaik perlawanan.