Wayne Rooney Sukar Dapatkan Kelab Baharu, Utamakan Minit Aksi Di Padang Musim Hadapan

Wayne Rooney berhadapan dengan risiko untuk berada di bangku pemain simpanan pada musim hadapan jika tiada kelab mampu untuk membayar gaji penyerang antarabangsa England itu.

Kini gaji £300,000 seminggu Wayne Rooney membuatkan kebanyakkan kelab tidak ingin meneruskan niat mereka untuk mendapatkan Rooney.

(Photo by Lynne Cameron/Getty Images)

Manchester United turut tidak mahu untuk melepaskan Wayne Rooney begitu sahaja dan mahukan yuran perpindahan hasil penjualan pemain tersebut.

Wayne Rooney dilaporkan masih memiliki kontrak berbaki semusim dengan pilihan smbungan semusim lagi bersama Manchester United.

Sebelum ini Ronald Koeman (gambar bawah) mengumumkan secara terbuka bahawa beliau berminat untuk membawa Wayne Rooney kembali ke Everton.

Bagaimanapun, kelab yang mendapat jolokan ‘The Toffees’ itu tidak meneruskan niat Koeman. Everton kemudiannya  menandatangani pemain Belanda Davy Klaassen dan dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan Gylfi Sigurdsson.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Sebelum ini terdapat ura-ura Rooney akan ke China untuk aksi di Liga Super China.

Namun begitu, sehingga kini tidak ada tawaran dari China selepas kerajaannya mengenakan cukai sebanyak 100% terhadap kelab yang membawa masuk pemain asing.

Langkah kerajaan China mengenakan cukai sebanyak 100% adalah kerana mereka tidak menggalakkan pembelian pemain daripada luar,

Kerajaan China menggalakkan kelab menggunakan bakat muda tempatan di kalangan pasukan yang bertanding di Liga China. Perkara ini adalah seiring dengan aspirasi 2050 negara berkenaan untuk tampil sebagai kuasa bola dunia.

Rooney dan isterinya Coleen juga dilaporkan tidak berapa pasti dengan idea membawa anak-anaknya untuk berhijrah ke persekitaran yang baharu.

(Photo by Steven Paston/PA Images via Getty Images)

Rooney, 31 tahun kini terbuka untuk menerima cadangan tawaran daripada kelab lain untuk memastikan beliau beraksi secukupnya menjelan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Beliau sering kelihatan berada di bangku pemain simpanan sejak kedatangan Jose Mourinho.

Rooney hanya boleh menyalahkan dirinya sendiri. Ketidaktentuan prestasi turut menyebabkan Rooney tidak dipanggil oleh Gareth Southgate dalam tugasan antarabangsa skuad England baru-baru ini.

Wayne Rooney merasakan dirinya masih mampu untuk bermain bola sepak di peringkat tertinggi.

Buat masa ini, Wayne Rooney sudah memulai mempersiapkan dirinya dari segi kecergasan untuk membuktikan kebolehannya menjelang latihan pra musim pada bulan hadapan.

Sumber:

1. DAVID ANDERSON, Daily Mirror (2017): Wayne Rooney struggling to find a new club with suitors unwilling to meet transfer fee or salary demands;
http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/wayne-rooney-struggling-find-new-10677435

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN