Euro 2020: Kemenangan Portugal Ke Atas Hungary Diiringi Rekod Baharu Ronaldo

Cristiano Ronaldo Portugal Euro 2020
All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Loading official content
All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final
Take a look back at Newcastle United’s run to the 2025 Carabao Cup final with all their goals en route to Wembley.
0 seconds of 1 minute, 14 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood
02:56
00:00
01:14
01:14
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Joshua Kimmich extends his Bayern contract Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video Newcastle United di OneFootball

Dua gol yang dijaringkan Cristiano Ronaldo untuk membantu Portugal mengatasi Hungary 3-0 dalam aksi pembukaan kumpulan F kejohanan Euro 2020 membolehkan beliau memecahkan dua rekod kejohanan.

Rekod pertama adalah menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam lima edisi kejohanan Eropah dan kedua muncul pemain terbanyak kejohanan sepanjang zaman dengan 11 gol, mengatasi rekod 10 gol milik Michel Platini.

Hungary yang beraksi di hadapan 67,000 penonton di Puskas Arena hanya mampu bertahan sehingga minit ke-84 sebelum rembatan Raphael Guerreiro yang terbias memecah kebuntuan untuk memulakan parti juara bertahan itu pada lewat permainan.

Ronaldo menambah gol kedua tiga minit kemudian menerusi sepakan penalti selepas Rafa Silva dijatuhkan oleh Willy Orban. Kapten Portugal itu menjadikan kedudukan 3-0 pada masa kecederaan untuk mengesahkan tiga mata berharga buat A Selecao.

“Ia perlawanan yang sukar, tetapi kami berjaya mendapatkan tiga gol pada akhirnya. Ini kemenangan yang penting untuk memulakan kejohanan dengan keyakinan dan sekarang kami mahu terus menang,” ujar penyerang Juventus berkenaan.

Gol ke-105 dan 106 Ronaldo di peringkat antarabangsa itu meletakkannya hanya tiga gol di belakang penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Ali Daie.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Euro 2020:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN