EURO 2020: Belanda Tewaskan Ukraine Dalam Perlawanan Penuh Menghiburkan

Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Denzel Dumfries menebus kegagalan awal yang dilakukannya dengan tandukan pada minit ke-85 untuk gol kemenangan Belanda, sekaligus menewaskan Ukraine 3-2 pada awal pagi tadi.

Dumfries gagal memanfaatkan peluang melalui tandukan terbuka pada awal babak perlawanan, nemun berjaya menterjemahkan ianya kepada jaringan apabila pasukan amat memerlukannya.

Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu menanduk masuk hantaran lintang Nathan Ake hanya selepas beberapa minit Ukraine menyamakan kedudukan.

Skuad Belanda beraksi di dalam kejohanan utama mereka di dalam tempoh tujuh tahun. Kali terakhir mereka beraksi di dalam kejohanan antarbangsa ialah di Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil.

Belanda yang dilatih oleh Louis van Gaal pada ketika itu mara sehingga ke separuh akhir kejohanan pada ketika itu.

Georgunio Wijnaldum terlebih dahulu meletakkan juara Euro 1988 itu di hadapan pada minit ke-52 perlawanan sebelum Wout Weghoust menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-59 perlawanan.

Enggan menyerah kalah Ukraine bangkit melalui lencongan cantik kapten pasukan, Andriy Yarmolenko yang menewaskan Maarten Stekelenburg pada minit ke-75.

Empat minit kemudian Roman Yaremchuk melayangkan badan di hadapan Weghoust untuk menyambar hantaran hasil sepakan percuma untuk gol penyamaan Ukraine.

Usaha Ukraine itu bagaimanapun disia-siakan selepas Belanda kembali berada di hadapan hasil tandukan Dumfries yang kekal sehingga ke wisel penamat.

16,000 penyokong yang telah melakukan saringan Covid-19 dan memperolehi keputusan negatif dibenarkan untuk memasuki Johan Cruyff Arena untuk menyaksikan perlawanan penuh mendebarkan itu.

Belanda akan berhadapan dengan Austria pada Khamis hadapan, manakala Ukraine akan beraksi menentang Macedonia di Bucharest. Dalam perlawanan Kumpulan C yang berlangsung lebih awal, Austria menewaskan Macedonia 3-1.

Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN