Esteban Solari bakal menjadi jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) seterusnya melakar kejayaan bersama pasukan tersebut yang kini menunggu masa sahaja untuk merangkul kejuaraan Liga Super 2023.
Sebelum itu, Solari yang mengharungi musim pertama beliau di Malaysia berjaya memberikan impak cukup cemerlang setelah menghadiahkan dua trofi iaitu kejuaraan Sumbangsih serta Piala FA buat pasukan tersebut.
It's matchday!
⚽ JDT vs PDRM
🏆 Liga Super 2023
🏟 Sultan Ibrahim Stadium, Iskandar Puteri
🕘 21:00Get your tickets at https://t.co/4EKIFak3ZW now!#JDTvPDRM#LigaSuper2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/VLGNlmejaD
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 27, 2023
Malah, corak permainan pasukan tersebut juga semakin meningkat dengan tidak merekodkan sebarang kekalahan lagi pada musim ini dalam saingan peringkat domestik untuk membanggakan penyokong Harimau Selatan.
Kini, pengendali dari Argentina itu hanya menunggu detik untuk mengesahkan kejuaraan mereka sahaja sebaik perlawanan membabitkan JDT menentang PDRM ditamatkan malam ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Menurut beliau, kejuaraan tersebut sepatutnya sudah diraikan terlebih dahulu ketika mereka berkunjung ke Stadium Darul Aman (SDA) untuk berdepan Kedah Darul Aman (Kedah).
Namun, keputusan seri 3-3 yang dilakar pasukan tersebut menyaksikan keraian itu terpaksa ditangguhkan seketika untuk menanti detik bersejarah tersebut malam ini di halaman sendiri.
Bertemu PDRM malam ini, JDT hanya memerlukan keputusan seri sahaja untuk mengesahkan status mereka selaku juara Liga Super bagi edisi 2023 dengan gemilang.
Namun, pengendali tersebut enggan mengambil mudah perlawanan tersebut dengan memberi bayangan barisan pemain terbaik akan disenaraikan untuk menghadapi cabaran lawan.
“Secara matematik, kita hanya perlu seri dengan PDRM FC tapi itu bukan yang kita mahu sebaliknya menang untuk menjulang piala kali ke-10 berturut-turut dan pastinya kami enggan melepas peluang terbaik cipta sejarah di hadapan penyokong sendiri.
“Sememangnya kami tidak sabar untuk perlawanan itu kerana sasaran menang liga juara semakin hampir tapi kami tetap berhati-hati dengan penampilan pasukan lawan yang mula menunjukkan peningkatan di bawah jurulatih baharu (Datuk Yunus Aliff).
“Saya selalu percaya pemain harus mengambil peluang untuk beraksi dengan corak permainan konsisten dan sentiasa berada dalam `mood’ terbaik apabila bermain di padang malah mereka tampak tidak berdepan masalah mempratikkan taktikal disiplin yang dirancang,” kata Solari menerusi Harian Metro.
🔌 Charging 🆙 for the Malaysia Super League
Get your tickets at https://t.co/4EKIFak3ZW now!
More photos at https://t.co/X5ZrjQDCVC#JDT#WhatCanYouDo#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/PSTYlHo08k
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 25, 2023
Untuk aksi seterusnya pula, JDT bakal memberi fokus penuh untuk saingan AFC Champions League (ACL) bertemu BG Phatum untuk aksi kedua serta kejohanan Piala Malaysia pusingan separuh akhir.
Menerusi momentum semasa pasukan tersebut, dijangka JDT mampu untuk terus melakar sejarah tersendiri musim ini bagi kejohanan domestik atau peringkat antarabangsa.