Esteban Solari: “Kami Buat Persiapan Rapi Bagi Melayani Negeri Sembilan”

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari menjadi antara individu paling sibuk ketika ini untuk mempersiapkan pasukannya sebelum mereka menghadapi aksi bertemu Negeri Sembilan pada malam ini.

JDT bakal menghadapi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SS) dalam misi mereka untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dengan cemerlang.

Sebelum itu, pasukan ini berjaya mencipta kemenangan di gelanggang lawan iaitu Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, menerusi kemenangan bergaya 3-0 hasil dua jaringan Bergson da Silva serta satu gol melalui pemain muda mereka, Arif Aiman Hanapi.

Walaupun mencipta kemenangan dan dijangka tidak menghadapi begitu banyak masalah berdepan skuad kendalian K. Devan, persiapan rapi tetap dibuat JDT untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Malah, Solari juga mengambil langkah berwaspada untuk perlawanan tersebut kerana pasukan lawan juga sudah tentu tidak rela mencatat kekalahan lagi dan persiapan rapi juga sudah tentu dibuat mereka.

Menurut pengendali berpengalaman itu, untuk aksi kedua ini ianya dianggap sangat penting kerana mereka mahu mara ke pusingan separuh akhir serta mengulangi kejayaan musim lalu.

Malah, beliau juga dilaporkan bakal menurunkan kesebelasan terbaik dengan tidak memandang rendah akan cabaran mampu dilakukan oleh pasukan pelawat.

“Ia tetap perlawanan sukar dan kami membuat persiapan rapi bagi melayani kunjungan Negeri Sembilan yang pada pandangan saya pasukan itu akan bermain bermati-matian bagi menidakkan kemenangan JDT.

“Sama ada akan berlaku rombakan kecil dalam kesebelasan utama, saya belum putuskan lagi kerana kami baru sahaja mengharungi aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), walaupun tewas 0-1 kepada Kawasaki Frontale tapi pemain JDT tampak tidak putus semangat.

“Sebaliknya mereka memberi fokus dalam persiapan berdepan Negeri Sembilan dan mahu meneruskan momentum kemenangan pada aksi suku akhir pertama tapi tetap berwaspada ancaman bakal dihadirkan pasukan lawan,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Solari juga menjelaskan tentang keadaan terkini penyerang import berbisa mereka iaitu Diogo Luis Santo serta Fernando Forestieri yang sebelum itu mengalami kecederaan.

Kedua pemain tersebut dilaporkan kini semakin sembuh, sementara status Leandro Velazquez masih lagi dalam tempoh pemulihan yang memakan masa lebih lama.

“Hanya Leandro (Velazquez) yang masih menjalani proses pemulihan dan ia memakan masa untuk pulih sepenuhnya dan Fernando pula turun beraksi bersama JDT II untuk mengembalikan tahap kecergasan,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN