Mampukah Negeri Sembilan Cipta Kejutan Atasi JDT Di SSI?

Saingan suku akhir Piala Malaysia 2023 terus bersambung pada malam ini dengan membabitkan pertemuan antara Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Aksi terdahulu menyaksikan Negeri Sembilan tersungkur di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi , selepas mereka mencatat kekalahan 0-3 di tangan JDT walaupun memiliki kelebihan berakdi di laman sendiri.

Pada perlawanan tersebut, Negeri Sembilan tampil dengan sedikit longlai untuk membenarkan pelawat mendahului dengan tiga jaringan menerusi Arif Aiman Hanapi serta dua gol peribadi hasil ledakan Bergson da Silva.

Walaupun begitu, kelibat penjaga gol muda Negeri Sembilan iaitu Firdaus Irman mencuri tumpuan selepas tangkas menyelamatkan banyak percubaan berbahaya daripada JDT sepanjang aksi berlangsung.

Jika dilihat pada prestasi semasa, segalanya memihak kepada JDT untuk sekali lagi unggul merekodkan kemenangan bagi melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Apatah lagi mereka masih berada dalam momentum terbaik biarpun mencatat kekalahan baru-baru ini di tangan Kawasaki Frontale bagi aksi peringkat kumpulan saingan ACL.

Berdasarkan prestasi semasa ditampilkan, skuad kendalian Esteban Solari tidak memiliki masalah untuk mengatasi Negeri Sembilan yang tampil serba kekurangan di segenap posisi bagi melangkah ke peringkat seterusnya.

Malah, rekod pertemuan sebanyak tiga kali membabitkan pasukan tersebut juga menunjukkan ia memihak kepada JDT yang melakar bersih semua kemenangan tanpa bolos.

Skuad kendalian K. Devan juga sudah tentu tidak rela sejarah bulan Mac lalu berulang ketika Negeri Sembilan mencatat kekalahan besar 0-7 di tangan JDT ketika aksi Liga Super di SSI.

Menyedari kelemahan dimiliki pasukan beliau ketika bertemu gergasi bola sepak Malaysia minggu lalu, sudah tentu pengendali ini mempunyai rencana untuk cuba mencipta kejutan di gelanggang lawan.

Walaupun ianya dianggap mustahil, namun segalanya mungkin boleh dicapai sekiranya Devan memberi fokus kepada isu stamina pemain di atas padang serta lebih berdisiplin ketika bertahan.

Cuma isu ketika ini yang dianggap kurang baik buat pasukan terarah kepada posisi serangan mereka yang terlalu tumpul selepas ianya dibuktikan pada perlawanan terdahulu untuk Negeri Sembilan mendapatkan jaringan.

Apapun, ini merupakan satu lagi perlawanan tumpuan yang sudah tentu kedua pasukan tidak rela membuat sebarang kesilapan dalam misi untuk mengatasi antara satu sama lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN