ESL Sebenarnya Didalangi Pemilik Kelab Dari Amerika Syarikat?

ESL Amerika Syarikat

Maaf cakap, artikel saya tulis di bawah has been overtaken by recent event. Mat-mat pro European Super League (ESL) yang bukan main bising semalam pun dah ramai yang kongsi status kelab kesukaan masing-masing sambil puji-puji langkah tarik diri ni. Plastik!

Selepas menghuraikan tentang perihal tradisi bola sepak serta sejarah dan budaya yang perlu dihormati; kali ini penting untuk saya sebutkan bagaimana timbulnya idea ESL ini yang menggugat bola sepak Eropah dan juga dunia.

Jika dilihat secara sepintas lalu, hujah utama yang digunakan oleh kartel Dirty Dozen (12 kelab besar yang mengasaskan ESL) adalah kerana rasa tidak puas hati mereka terhadap UEFA dan cara mereka menganjurkan UEFA Champions League (UCL). Hal tidak puas hati ini lebih berkisar pada duit dan kuasa.

Dirty Dozen mahu lebih banyak duit untuk mereka. Dengan menyertai ESL, mereka dijanjikan habuan bernilai lebih €500 juta untuk setiap kelab. Dalam UCL, hadiah duit jika menjadi juara hanya berjumlah sekitar €82 juta.

Kuasa juga menjadi isu bagi Dirty Dozen. Ini kerana UCL adalah milik UEFA dan kuasa kelab adalah terhad. Dalam ESL, 12 kelab Dirty Dozen tadi mempunyai kuasa mutlak secara konsensus untuk menentukan peraturan mereka sendiri. Mereka boleh ubah ikut suka kerana liga itu adalah mereka yang punya.

Ini bertentangan dengan semangat bola sepak itu sendiri. ESL kononnya dikatakan bakal menjemput pasukan lain untuk mencukupkan 20 pasukan dalam setiap musim, tapi sudah tentulah pasukan jemputan ini akan menjadi mangsa buli Dirty Dozen tadi. Bukan dibuli di atas padang, tetapi dibuli dari segi peraturan dan pengurusan.

Justeru sudah jelas kebobrokan ESL ini sendiri. Bak kata sahabat saya saudara Radzi Tajuddin, kita boleh faham bila orang kaya mempertahankan orang kaya, tapi tidak bila orang tidak kaya sibuk mempertahankan orang kaya. Ya ini saya tujukan khas pada mereka yang berfikiran “biarlah Dirty Dozen mahu buat ESL, yang penting aku enjoy”.

https://twitter.com/TrollFootball/status/1384828229152755712?s=20

Jika duit dan kuasa merupakan motivasi kartel Dirty Dozen untuk menarik diri dari UCL, apa pula inspirasi yang membuatkan tercetusnya idea ESL?

Breakaway league

Untuk mengupas hal ini, perlu kita fahami terlebih dahulu istilah breakaway league.

Breakaway league ialah senario apabila beberapa kelab mengambil keputusan untuk keluar dari liga sedia ada dan menubuhkan satu liga baharu. Motivasinya sama, ia berkaitan duit dan kuasa.

Breakaway league pernah beberapa kali berlaku dalam sejarah bola sepak. Tetapi ada satu peristiwa breakaway league yang paling penting dan merevolusikan bola sepak dunia, dan ia berlaku 29 tahun dahulu di England.

Pada tahun 1990, 5 buah kelab Inggeris yang digelar Big 5 ketika itu berbincang untuk mewujudkan satu breakway league. Lima kelab itu adalah Arsenal, Everton, Liverpool, Manchester United dan Tottenham Hotspur.

Usul mereka adalah menubuhkan satu liga baru yang dinamakan Premier League, terpisah dari Football League iaitu sistem liga bola sepak England sedia ada.

Premier League mendapat persetujuan FA, dan pada tahun 1992 sebanyak 22 kelab dalam First Division melucutkan diri dari Football League untuk memulakan musim Premier League yang pertama.

Penubuhan Premier League bagaimanapun memberikan impak positif. Kesemua kelab dalam Premier League berkongsi keuntungan hak penyiaran sama rata dan Premier League ditayangkan ke serata dunia sebagai satu produk bola sepak yang menarik.

Hasil sambutan luar biasa, nilai komersil Premier League naik mendadak dan seterusnya membawa kepada kemasukan pelabur baharu. Pelabur baharu ini antaranya ada yang sampai membeli kelab. Seperti Roman Abramovich membeli Chelsea atau Sheikh Mansour membeli Manchester City.

Kisah kejayaan Premier League sebagai breakaway league ini memberi inspirasi untuk kartel Dirty Dozen mencuba nasib dengan ESL. Cuma kali ini, tidak seperti Premier League yang dapat persetujuan FA, ESL ditentang keras oleh UEFA dan masyarakat bola sepak kerana ia melanggar tradisi bola sepak itu sendiri.

Ramai yang beranggapan bahawa ‘kepala’ dalam komplot ESL ini adalah Florentino Perez, presiden Real Madrid. Tetapi saya percaya, tunjang utama ESL sebenarnya adalah kelab-kelab England iaitu Big 6 kerana pengalaman mereka mewujudkan breakaway league 29 tahun lalu iaitu Premier League.

Dan dari Big 6 England ini, 3 kelab di dalamnya adalah milik individu dari Amerika Syarikat. Tiga kelab ini adalah Arsenal (Stan Kroenke/Kroenke Sports & Entertainment), Liverpool (John W. Henry/Fenway Spots Group) dan Manchester United (Joel dan Avram Glazer/The Glazers).

Ada apa dengan pemilik Amerika Syarikat ini?

Tiada apa. Tapi jika ada satu isu yang menjadi permasalahan ialah bagaimana mereka melihat sukan dan kelab bola sepak sama seperti sukan dan francais bola keranjang, besbol, hoki ais dan American football.

Bukan sedikit permasalahan yang timbul dari pemilik Amerika Syarikat ini. Contohnya pembelian Manchester United oleh The Glazers berkesudahan dengan beberapa penyokong Manchester United menubuhkan FC United of Manchester sebagai tanda protes.

Malahan Manchester United yang bebas hutang terpaksa menanggung hutang baharu setelah dibeli oleh The Glazers.

Tetapi dosa paling besar adalah apabila 10 tahun lalu, pemilik-pemilik Arsenal, Liverpool, Manchester United dan beberapa kelab lain yang dikuasai pemilik asal Amerika Syarikat pernah menimbulkan idea untuk menamatkan sistem promosi dan relegasi (promotion and relegation) yang sudah ratusan tahun menjadi amalan tradisi bola sepak England.

Alasan mereka mudah, mahu kelab mereka kekal bermain dalam EPL selagi ada bulan dan bintang, sama seperti francais-francais NBA, MLB, NHL dan NFL di Amerika sana.

Satu kekufaran dalam bola sepak.

Dari kisah-kisah 29 tahun lalu (breakaway league) dan 10 tahun lalu (usaha memansuhkan promosi dan relegasi) maka kita boleh nampak jelas dari mana datangnya idea ESL ini. Ia dari Big 6 kelab-kelab England dan dari kegilaan 3 kelab dengan pemilik Amerika Syarikat mereka.

Florentino Perez hanya menjadi kepala de facto ESL kerana status Real Madrid sebagai juara terbanyak Eropah, selain dari realiti Real Madrid dibebani hutang €900 juta yang mungkin boleh dilangsaikan segera jika ESL menjadi realiti.

Jelas, ESL adalah idea songsang yang ditunjang duit dan kuasa serta kegilaan mengubah bola sepak Eropah mengikut acuan Uncle Sam atau Amerika Syarikat.

Penutup

(Tulisan di bawah di tulis selepas berita penarikan diri Big 6 England dan dua kelab Milan, AC Milan dan Inter)

Nampaknya ESL akan terkubur. Penarikan diri Big 6 England sahaja sudah cukup untuk membatalkan ESL kerana 6 tarikan utama sudah hilang.

Jika kita perhatikan sekarang, dalam penarikan Big 6 kelab seperti Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur dilihat berlaku aman damai. Habis situ aje lah. Penyokong happy, masalah selesai.

Tapi untuk Arsenal, Liverpool dan Manchester United penarikan diri sahaja tidak cukup. Arsenal dan Liverpool siap kena minta maaf. Manchester United sampai kehilangan Ed Woodward. Dan sekarang sedang trending kempen #KroenkeOut, #FSGOut dan #GlazersOut.

Nampak jelas musibat dalam ESL sebenarnya berpunca dari pemilik Amerika Syarikat ini sebenarnya.

Ini tidak menghairankan, macam saya tulis di atas air tangan mereka memang jelas dalam ESL. Malahan dilaporkan mesyuarat rahsia ESL pun asalnya bermula di New York.

Saya akhiri tulisan ini dengan, down with American imperialism!

Tiber.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai European Super League:

Bertentangan Dengan Sejarah, Tradisi & Budaya, Hanya ‘Penyokong Plastik’ Setuju Dengan ESL

Angkat Bendera Putih, European Super League Kini Musnah

Pep Guardiola: “UEFA & FIFA Pun Macam ESL Sama-Sama Tamak Juga”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN