Ernesto Valverde Tolak Spekulasi Bahawa Neymar Bakal Kembali Ke Barcelona

Valverde

Selepas meninggalkan Nou Camp pada musim panas yang lalu sehingga menjadikan penghijrahan beliau sebagai perpindahan termahal di dunia, Neymar dilaporkan berminat untuk kembali ke kelab lamanya.

Namun, ura-ura tersebut dinafikan oleh pengendali Barcelona, Ernesto Valverde yang mengatakan beliau langsung tidak tahu mengenai keinginan Neymar tersebut.

Pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Paris Saint-Germain melakukan kejutan apabila melengkapkan perpindahan bagi mendapatkan khidmat Neymar dengan nilai sebanyak €222 juta.

Kecederaan terkini yang melanda pemain antarabangsa Brazil itu menyebabkannya terlepas peluang untuk beraksi di perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah bertemu Real Madrid.

MADRID, SPAIN – FEBRUARY 14: Nacho Fernandez and Isco of Real Madrid close down Neymar of PSG in action during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Real Madrid and Paris Saint-Germain at Bernabeu on February 14, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Peluang Neymar untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia 2018 di Russia berkemungkinan akan turut terjejas.

”Saya tidak tahu dari mana datangnya berita ini,” Valverde bercakap kepada wartawan.

Ketika ditanya mengenai harga Neymar yang bakal mencecah hingga €400 juta, Valverde berkata:

”Saya tidak mempunyai idea. Tetapi dalam perkara ini, ianya bukan salah satu pilihan buat saya.”

Laporan turut mengatakan Neymar kurang menyesuaikan diri di PSG dan Real Madrid juga kelihatan sangat berminat untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun ini sejak beliau meninggalkan La Liga.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN