7 Cara Bagaimana Untuk Menjadikan Anda Seorang Penjaga Gol Futsal Yang Baik

Futsal

Penjaga gol pasti akan menjadi posisi yang paling ditakuti oleh kaki futsal.

Sesiapa sahaja yang sanggup untuk menjadi penjaga gol wajar dianggap sebagai wira.

Hal ini kerana mereka terpaksa dihujani dengan rembatan padu daripada pemain pasukan lawan dan pelbagai gaya jaringan yang pasti bakal dihadapi mereka.

Berikut merupakan antara tips yang dapat membantu para penjaga gol diluar sana :

1) Pilih kelengkapan anda.

Penjaga gol sangat digalakkan untuk memakai kelengkapan bagi melindungi diri. Walaupun sekadar bermain dengan niat untuk bergembira.

Antara kelengkapan yang perlu dimiliki adalah seperti pad lutut, pad lengan serta sarung tangan ( jika selesa memakainya ).

Kelengkapan ini diperlukan kerana bertujuan untuk melindungi hentakan kuat di permukaan gelanggang yang keras.

Ianya juga berguna dalam mengurangkan risiko kecederaan buat penjaga gol.

2) Tidak takut pada rembatan lawan.

Seorang penjaga gol yang baik sudah pasti tidak mempunyai rasa takut pada setiap percubaan lawan.

Mereka juga perlu diperlengkapkan dengan ‘pakej’ hati yang ‘kering’ bagi mematahkan segala asakan lawan.

3) Pantas membuat keputusan.

Keputusan yang cepat amat diperlukan bagi seorang penjaga gol supaya dapat menggagalkan usaha pihak lawan dalam usaha untuk menghasilkan jaringan.

Sebagai contoh, ketika musuh (lawan) datang dari arah kiri atau kanan, mereka harus membuat keputusan dengan pantas sama ada mahu melakukan apa jua tindakan dalam usaha menyelamatkan bola dari membolosi pintu gol.

4) Berada di kedudukan yang betul ( Positioning ).

Kedudukan yang betul akan memudahkan penjaga gol dalam menjangkakan ancaman percubaan-percubaan yang bakal hadir.

Berada di kedudukan yang tepat juga memudahkan penjaga gol untuk melakukan hadangan serta tampanan dengan lebih pantas dan berkesan.

5) Refleks yang pantas.

Satu elemen yang penting yang perlu ada dalam diri setiap penjaga gol.

Kepantasan penjaga gol sangat diperlukan kerana futsal merupakan sukan yang mempunyai gerakan yang sangat laju dan sering berubah arah juga mampu mengakibatkan penjaga gol mati langkah.

Situasi satu lawan satu juga begitu memerlukan kepantasan dalam refleks seorang penjaga gol.

Selain itu, bola ‘rebound’ turut menjadi igauan buat penjaga gol apabila memerlukan tindak balas yang pantas dari penjaga gol.

6) Komunikasi

Seperti sedia maklum penjaga gol futsal merupakan benteng terakhir dan akan sentiasa berada di bawah.

Posisi berikut menyebabkan penjaga gol dapat melihat segala yang berlaku dalam gelanggang.

Jeritan mahupun peringatan terhadap setiap pemain lain sewajarnya dilakukan oleh penjaga gol kerana mampu melihat segala yang terjadi di dalam gelanggang ketika permainan berlangsung.

Gunakan peluang ini untuk mengingatkan rakan sepasukan.

Oleh hal demikian, jangan takut untuk menegur kesalahan rakan dalam permainan.

Kelemahan dalam komunikasi juga bakal mewujudkan ‘miss communication’ diantara penjaga gol dan rakan sepasukan.

7) Konsentrasi dan mental yang kuat.

Fokus di tahap terbaik dan mental yang kuat perlu dipraktikkan oleh penjaga gol futsal kerana bebanan serta tanggungjawab besar berada di bahu anda.

Jangan mudah terganggu dengan keputusan perlawanan mahupun provokasi pemain serta penyokong pasukan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN