Ernesto Valverde: Barcelona Semakin Hampir Menjulang Trofi La Liga

Barcelona

Barcelona meraih kemenangan bergaya ketika berkunjung ke Stadium Benito Villamarin dengan berjaya menewaskan Real Betis 4-1 dalam saingan La Liga 2018/19, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut meletakkan skuad Ernesto Valverde semakin hampir untuk menjulang trofi La Liga musim ini.

Kemenangan tersebut memberi kelebihan buat Barca kerana sehari sebelumnya pencabar terdekat – Atletico Madrid tewas keatas Athletic Bilbao. Barca kini berada 10 mata dihadapan Atletico Madrid dengan mengumpul 66 mata selepas 28 perlawanan. 

Perlawanan penting

Bagi Valverde, beliau menyedari betapa pentingnya setiap perlawanan terutama meraih kemenangan keatas Real Betis. Skuadnya berjaya mengambil peluang terbaik untuk menjarakkan jurang mata dengan Atletico Madrid.

“Hari ini adalah perlawanan penting, khususnya setelah Atletico tewas.”

SEVILLE, SPAIN – MARCH 17: Head coach Ernesto Valverde of FC Barcelona reacts during the La Liga match between Real Betis Balompie and FC Barcelona at Estadio Benito Villamarin on March 17, 2019 in Seville, Spain. (Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

“Kami telah mengambil peluang terbaik. Bagaimanapun, kami tetap perlu berhati-hati, kerana masih ada 10 perlawanan.”

“Ini adalah saingan liga dan kami harus berhati-hati kerana ada ruang bagi lawan untuk mengejar kedudukan kami.”

Katanya lagi, “Semua orang boleh berfikir apa yang mereka mahu, tetapi pada masa ini kami cuba memenangi setiap perlawanan, pertama liga, selepas trofi itu, kami akan melihat pula kejuaraan Liga Juara-Juara. Tetapi pada masa ini, kami tidak mempunyai sebarang gelaran, dan dalam liga ada 30 mata untuk diperolehi, kami perlu mendapatkannya.”

Bangga

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Valverde berkata, beliau amat bangga melihat para pemainnya yang sentiasa berkerja keras dalam perlawanan itu, walaupun sedar pasukan menempuh jadual yang terlalu pada sehingga menyebabkan pemain keletihan.

Kami melalui beberapa perlawanan penting dalam minggu yang sangat sibuk” kata Valverde.

SEVILLE, SPAIN – MARCH 17: Lionel Messi of FC Barcelona celebrates after scoring his team’s fourth goal during the La Liga match between Real Betis Balompie and FC Barcelona at Estadio Benito Villamarin on March 17, 2019 in Seville, Spain. (Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

“Kami terus menekan pasukan lawan dan bermain dengan penuh keberanian, kami tahu mereka akan memberikan tekanan terhadap kami dan lebih lama menguasai bola.”

“Mereka bermain dengan tidak terkawal, mereka mengambil risiko dan kami selalu mengancam setiap kali kami melewati bahagian tengah padang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN