Lionel Messi Tunjuk Taring, Jaringkan Hatrik Untuk Belasah Real Betis 4-1

Pasukan mana sekali pun, pasti akan memiliki 1001 sebab untuk berasa gerun dengan kelibat Lionel Messi. Bagaimana anda mahu menafikannya jika prestasi serupa ketika pemain itu menjaringkan hatrik untuk membantu Barcelona membelasah Real Betis pada malam tadi ditampilkan.

Barcelona tewas hanya sekali di Nou Camp pada musim ini – iaitu kekalahan 3-4 kepada Real Betis pada November lalu. Dan Messi menjelmakan tiga gol berkualiti tinggi untuk memastikan gergasi Catalan itu berjaya membalas dendam dalam perlawanan kali ini.

SEVILLE, SPAIN – MARCH 17: Lionel Messi of FC Barcelona celebrates scoring his team’s opening goal during the La Liga match between Real Betis Balompie and FC Barcelona at Estadio Benito Villamarin on March 17, 2019 in Seville, Spain. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Jaringan pertama Messi adalah melalui sepakan percuma dari jarak lebih kurang 20 meter pada minit ke-18 perlawanan. Ia disusuli dengan jolokan mudah ke arah gol – setelah beliau menerima hantaran ‘back heel’ dari Luis Suarez.

Luis Suarez kemudiannya menjaringkan gol menarik hasil gerakan individu menarik pemain itu sendiri.

Hatrik Messi lengkap setelah chip menarik yang beliau hasilkan terkena bahagian dalam palang atas, sebelum menerjah jaring.

Secara keseluruhan, Messi sudah pun menghasilkan 33 hatrik di La Liga. Dan hatrik menentang Real Betis ini boleh dianggap antara yang paling menarik pernah dihasilkan dari segi kualiti.

Lapan minit pertama perlawanan sebenarnya menyaksikan Real Betis mengawal perlawanan dengan serangan bertali arus ke arah gawang Barcelona – sehinggalah sepakan percuma Messi menewaskan Pau Lopez.

SEVILLE, SPAIN – MARCH 17: Lionel Messi of FC Barcelona celebrates scoring his team’s opening goal with team mates during the La Liga match between Real Betis Balompie and FC Barcelona at Estadio Benito Villamarin on March 17, 2019 in Seville, Spain. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Pemain gantian, Loren menjaringkan gol sagu hati buat Real Betis dengan satu percubaan deras menggunakan sidefoot yang menewaskan Marc-Andre ter Stegen, sebelum Messi melengkapkan hatrik.

Hatrik oleh Messi turut menarik perhatian sebahagian penyokong tuan rumah yang bangkit memberikan penghormatan terhadap kehebatan maestro Argentina itu.

Barcelona kini mengumpul 66 mata dari 28 perlawanan, selesa mendahului Atletico Madrid 10 mata di hadapan. Real Madrid pula berada di tangga ketiga dengan 54 mata terkumpul.

VIDEO: La Liga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN