Erling Haaland Masih Ada Peluang Untuk Pecahkan 5 Lagi Rekod Baharu

Penyerang sensasi dunia, Erling Haaland berpeluang untuk melakar beberapa lagi rekod baharu, selepas melihat momentum semasa pemain tersebut bersama kelab diwakilinya, Manchester City.

Penyerang kebangsaan Norway itu baru sahaja mencipta rekod baharu dalam saingan English Premier League (EPL), selepas jaringannya ke-35 terhasil ketika City menewaskan West Ham United baru-baru ini.

Hasilnya, Haaland berjaya mengetepikan rekod Alan Shearer dan Andy Cole yang sebelum itu pernah muncul selaku penjaring terbanyak EPL dengan 34 gol.

Ianya menjadi musim pertama yang sangat hebat buat Haaland di England, selepas pemain itu turut melakar rekod sebagai pemain termuda meledak 30 gol dalam saingan UEFA Champions League (UCL).

Jadi, apakah lagi rekod yang mungkin boleh dilakar Haaland sekiranya beliau bersama pasukan meneruskan momentum positif sehingga kepada penghujung musim?

Sportbible ada menyenaraikan beberapa rekod baharu yang mungkin dapat dilakar oleh pemain tinggi lampai ini bersama City.

Penjaring gol terbanyak dalam saingan UCL

Haaland telah pun meledak lima gol dalam peringkat kumpulan serta menambah tujuh lagi jaringan selepas itu untuk membawa City ke pusingan separuh akhir.

Rekod penjaring terbanyak dalam saingan UCL ketika ini masih lagi dipegang oleh penyerang Portugal iaitu Cristiano Ronaldo menerusi 17 gol dilakar beliau.

Dengan rekod semasa 12 gol ketika ini menjadi milik Haaland, penyerang muda ini masih lagi mempunyai peluang sebenarny untuk mencipta sejarah baharu.

Pemain daripada kelab EPL yang meledak gol terbanyak dalam saingan UCL

Pemain muda ini memerlukan satu sahaja lagi gol untuk meleburkan rekod yang masih dipegang oleh bekas pemain Manchester United iaitu Ruud van Nistelrooy.

Segalanya bakal terjawab pada aksi separuh akhir ini yang menyaksikan City bakal berdepan Real Madrid sebanyak dua pusingan sebelum mengesahkan diri ke final.

Bilangan gol terbanyak untuk satu musim sesebuah kelab Inggeris dalam semua kejohanan

Haaland mungkin sudah meledak 51 gol secara keseluruhan pertandingan bersama City musim ini, tetapi beliau masih ada lagi cabaran perlu dilakukan untuk mengatasi rekod Dixie Dean.

Untuk memintas Dixie yang meledak 63 gol dalam 41 perlawanan pada tahun 1927/1928, Haaland perlu membuktikan ketajaman beliau untuk merekodkan 12 lagi jaringan pada baki perlawanan musim ini.

Penjaring gol untuk semua kelab EPL dihadapi pada satu musim

Haaland perlu meledak gol pada aksi seterusnya berdepan Chelsea dan Brentford sekiranya mahu melakar satu lagi rekod baharu.

Rekod ketika ini masih dipegang oleh Andy Cole, Alan Shearer, Ian Wright, Robin Van Persie, serta Mohamed Salah yang telah meledak gol berdepan 17 kelab berbeza pada satu musim.

Musim ini menyaksikan Haaland hanya gagal meledak gol ketika berdepan Liverpool sahaja, dan salah satu pertemuan bersama pasukan tersebut ketika pemain ini mengalami kecederaan.

Lakar rekod hatrik terbanyak pada satu musim

Setakat ini Haaland sudah pun meledak empat kali hatrik pada musim pertama beliau bersama City, suatu rekod yang sangat hebat buat pemain muda ini.

Tetapi Haaland memerlukan dua lagi hatrik jika beliau bercadang untuk memecahkan rekod Alan Shearer.

Shearer sebelum ini telah pun melakar lima kali hatrik ketika mewakili Newcastle United sewaktu berdepan West Ham, Tottenham Hotspur, Coventry, Nottingham Forest, serta Bolton.

Ianya mungkin kelihatan sukar, tetapi jika dilihat pda prestasi semasa Haaland, ianya bukan suatu kemungkinan untuk menyaksikan rekod-rekod baharu dipecahkan pemain tersebut.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN