Erling Haaland Anggap Van Dijk Selaku Pertahanan Paling Sukar Dihadapi Sepanjang Musim 22/23

Penyerang berbisa Manchester City iaitu Erling Haaland boleh dianggap berada dalam prestasi terbaik beliau ketika ini menerusi impak yang diberikan beliau bersama pasukan dalam segala kejohanan dihadapi.

Pertama kali mewakili City dan beraksi dalam saingan English Premier League (EPL), segalanya tampak begitu positif buat penyerang tersebut untuk terus membuktikan dirinya sebagai pemain paling berbaloi ditandatangani.

Haaland ditandatangani oleh City daripada Borussia Dortmund dengan tanda harga sebanyak £52 juta menerusi laporan rasmi yang telah dikeluarkan.

Walaupun ramai yang pada awalnya mempertikaikan kualiti Haaland akan kekal tajam atau tidak selepas bertukar kelab, pemain tersebut tampil membuktikannya dengan begitu cepat.

Beri sahaja apa-apa lorongan, pastinya ia akan disudahkan dengan baik oleh Haaland dari pelbagai sudut untuk membuktikan beliau menjadi antara pemain paling menonjol pada era bol sepak terkini.

Setakat ini, Haaland telah pun meledak 52 gol secara keseluruhan daripada 52 perlawanan dalam pelbagai kejohanan disertai pemain tesebut bersama City termasuk UEFA Champions League (UCL).

Untuk saingan EPL sahaja, Haaland menjadikannya begitu mudah untuk meledak 36 gol secara keseluruhan, selain beberapa keputusan hatrik turut dicipta pemain tersebut.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Pada usia 22 tahun, Haaland telah pun menjadi salah seorang penyerang paling digeruni ramai pertahanan lawan untuk menyerap tekanan daripada pemain bertubuh tegap serta tajam ini.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Sportbible, Haaland telah pun menyatakan seoranv pertahanan yang paling sukar pernah beliau hadapi musim ini dalam semua kejohanan dan tidak termasuk saingan akhir UCL.

Jelas Haaland, pertahanan utama Liverpool iaitu Virgil Van Dijk menjadi satu-satunya pertahanan yang paling sukar dihadapi penyerang tersebut terutama sekali ketika aksi di Anfield.

“Situasi paling sukar pastinya ketika kami menghadapi kesusahan dalam aksi yang berlangsung di Anfield, itu yang apa saya ingat.

“Van Dijk, seperti saya katakan sebelum ini beliau merupakan seseorang yang sangat bagus sebagai pemain pertahanan.

“Tapi apa yang menarik, saya sendiri telah menghadapi Nathan Ake, Ruben Dias, Manuel Akanji ketika sesi latihan, dan ianya tidak mudah dihadapi.

“Walaupun begitu, Van Dijk saya sangat menyukai kualiti dimiliki beliau. Dia merupakan seorang pertahanan yang bijak, pantas, dan pertarungan di udara merupakan sesuatu di luar jangkaan,” jelas Haaland dengan bersemangat.

Pada masa sama, Haaland juga menyatakan sebab kenapa beliau begitu ingin mengecapi gelaran juara dalam aksi akhir UCL bersMa City pada musim ini.

“Saya telah bermimpi dan berfikir untuk memenangi gelaran Champions League sejak sekian lama. Ia merupakan impian saya yang paling sukar dilupakan.

“Pada tahun 2008 saya melihat aksi akhir membabitkan Manchester United dan Chelsea, bila saya lihat keraian para pemain ketila itu membuatkan saya juga ingin melakukannya dan kini segalanya sudah pun semakin dekat untuk dikecapi,” tambah Haaland.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN